Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Wednesday, June 29, 2011

Lisa Surihani Dan Shaheizy sam sangat lumayan



Semalam, Zass, ada mengupas isu tentang harga artis kita dan khabarnya pelakon yang semakin mencipta nama, Shahizey Sam dan Lisa Surihani, bakal menerima bayaran RM100,000 untuk sebuah filem. 

Harga itu pastinya cukup lumayan, sedangkan bayaran termahal yang diterima oleh seseorang artis untuk sebuah filem ialah RM30,000 hingga RM50,000. Namun dengan jumlah yang mencecah RM100,000, menjadikan Lisa dan Sam antara artis termahal di negara ini. Nampaknya populariti yang dimiliki mereka membuatkan ada pengarah dan penerbit sanggup mengeluarkan kos yang besar hanya untuk mendapatkan khidmat lakonan mereka. Menerusi laporan sebuah akhbar baru-baru ini, pengarah dan produser terkenal, Datuk Yusof Haslam, dikatakan, mengadakan pertemuan dengan CEO Metrowealth Pictures, David Teo untuk melamar dua bintang popular itu. David yang dihubungi Zass mengesahkan berita itu. Menurutnya, dua bintang di bawah pengurusan MIG Talent itu akan berlakon di bawah arahan anak Yusof, iaitu Syafiq yang baru berusia 19 tahun. “Memang benar Datuk Yusof berjumpa saya untuk menawarkan Sam dan Lisa berlakon dengan produksinya. “Setelah berbincang, Metrowealth Pictures bersetuju untuk ‘meminjamkan’ Sam dan Lisa kepada Skop Productions demi mengembangkan lagi kerjaya mereka berdua,” katanya. Ketika ditanya mengenai bayaran untuk Sam dan Lisa yang dikatakan mencecah RM100,000 David bagaimanapun enggan mendedahkannya. “Bayarannya tidak boleh didedahkan kerana sudah termaktub dalam perjanjian, tetapi saya hanya boleh beritahu jumlahnya sangat lumayan. “Bagi saya, bayaran itu setimpal dengan status Sam dan Lisa sebagai antara pelakon paling popular ketika ini,” katanya. Dalam pada itu, David turut melahirkan kegembiraannya apabila usahanya menggilap bakat baru di bawah MIG Talent mula mendapat perhatian produser lain. “Hari ini bintang Sam dan Lisa sedang bersinar, jadi kita memberi peluang kepada mereka. “Tetapi, saya akan terus mencungkil bakat lain sama ada dalam bidang pengarahan, lakonan, penulisan skrip mahupun pengurusan untuk sama-sama membantu industri,” katanya. Beralih kepada filem Sekali Lagi yang mempertaruhkan genre komedi romantik, David yakin keserasian Sam dan Lisa mampu menarik penonton ke pawagam. “Agak mencabar bagi filem Sekali Lagi untuk meraih kutipan tinggi kerana perlu bersaing dengan filem Transformers 3 yang ditayangkan serentak. “Namun, saya percaya kekuatan gandingan Sam dan Lisa serta pelakon lain seperti Mia Sara juga Bront Palarae membolehkan filem ini mencapai kutipan melebihi RM3 juta,” katanya. Sementara itu, Lisa dan Sam gagal dihubungi untuk menjawab persoalan berkenaan.

1 comment:

Unknown said...

amboiii tak lme lg bole la taraf2 hollywood gtu..
almklum, artis hollywood brlakon 1 filem da dapat berjuta2 US Dollar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers