Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Tuesday, November 30, 2010

Aku sangat Pening

oleh kerane aku sangat pening untuk wat keje ari ni so aku dengan senang ati dan berbesar hati telah menukat theme baru....tadaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

halamak!!!!!! aku lagi pening tgok theme baru ni...aishhhhhhhhhhh serabut....cam tuan die gak serabut  aku sakit ati n sakit kepale....sok la tukar yg lain...

T_T sungguh dukacita

Aku SANGAT PENING 
ahakkk..ase annoyng lak sebut pat ploh kali...ekekekekekekeke







Amanah Hartanah Bumiputera

Di keheningan malam semalam aku berduaan dengan sahabatku menonton television (aitcehhhhhh...ahak sesekali nak bersastera) lepas tu tertengok la satu iklan ni. tak sure sangat start macam mana tapi yang aku faham seorang ayah tunjukkan anak die hadiah birthday. then anak die tanye mane.. " tu yang tu yang tu semua anak die yang punye (sambil tangan tuding arah bangunan2). rupanya iklan Amanah Hartanah Bumiputera. 


Aku macam tertarik dengan iklan 2 dan tertanya2 apa itu amanah hartanah bumiputera. Uhuuu... aku memang agak ketinggalan zaman . so tadi cuba la cari then terjumpa artikel ni 

Skim AHB beri peluang Bumiputera nikmati kekayaan negara adil, saksama: PM


2010/11/29
KUALA LUMPUR: Skim pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang dilancarkan hari ini memberi peluang kepada golongan Bumiputera untuk turut sama merasai kekayaan negara dan berjaya dalam lapangan ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pelancaran skim ini merupakan hasrat kerajaan untuk membawa perubahan besar kepada ekonomi negara agar kekayaannya tidak tertumpu kepada golongan atasan semata-mata.
Click Here
"Kita tidak ingin melihat jurang antara mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah semakin melebar, melalui usaha seperti ini maka kita dapat membantu untuk mengurangkan jurang ini.
"Ia juga dapat memberikan satu lagi instrumen di mana kekayaan negara kita ini boleh dimiliki oleh seberapa ramai rakyat Malaysia," katanya ketika berucap melancarkan AHB di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), Kamalul Arifin Othman.

Najib berkata kerajaan berpegang kepada prinsip bahawa kekayaan negara haruslah diagihkan secara adil dan saksama kerana sekiranya sebahagian besar rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan Bumiputera tidak dapat merasai kekayaan negara secara adil maka keadaan ini telah menafikan hak mereka.

"Ini juga tidak menyumbang kepada kestabilan politik negara kita pada jangka panjang. Kita tidak mahu menafikan hak golongan Bumiputera untuk terus melabur dan mencapai keinginan mereka berjaya dalam perniagaan dan lapangan ekonomi.
"Tentu sekali kalau golongan Bumiputera lalu-lalang di tengah kota raya dan kalau mereka mendongak ke atas dan melihat bangunan pencakar langit dan bangunan komersil dan mereka merasakan bahawa bangunan yang tinggi nilainya itu tidak dimiliki oleh mereka, maka sudah tentu ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kurang senang di kalangan golongan Bumiputera," katanya.

Najib yang juga Pengerusi Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera berkata langkah memperkenalkan skim ini dibuat bukan sahaja untuk meluaskan penyertaan pemilikan Bumiputera dalam aset-aset komersil bernilai tinggi, tetapi juga untuk mencari satu kaedah agar pemilikan itu terus berkekalan.

"Kerajaan akan terus bantu supaya pelaburan Bumiputera dapat terus mencari peluang pemilikan hartanah yang strategik dan bernilai tinggi supaya hasrat kita untuk memperlihatkan sebuah negara yang lebih seimbang dari segi pembahagian kekayaan akan tercapai," katanya.

Skim AHB telah diumumkan Najib yang juga Menteri Kewangan ketika pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini bagi memberi peluang kepada golongan Bumiputera mempertingkatkan lagi pegangan mereka dalam hartanah-hartanah komersil di lokasi strategik dalam negara.

AHB yang bersaiz RM1 bilion adalah terbuka kepada pelabur-pelabur Bumiputera yang berumur dari tiga bulan ke atas, dengan syarat pelabur yang berumur bawah 18 tahun perlu seorang penandatangan penjaga sah rakyat Malaysia.

Unit-unit akan diniagakan pada harga tetap RM1 seunit.

Pelabur Bumiputera boleh menyertai pemilikan benefisial aset hartanah dengan pelaburan minimum sebanyak RM500. - BERNAMA


macam menarik jugak benda ni..tapi setakat ni cuma info ni je yang dapat..uhuu.. kalau ada info lebih lanjut haku update.. 


for more info klik SINI or kat SINI

Wednesday, November 24, 2010

sweet sour novel nasz

Semalam adalah hari yang aku rase tak berape menarik untuk menonton tv. Kebetulan sorang membe aku ade suggest satu novel. Die dah baca, dia kate best. Aku memang kaki novel, tapi kalau novel boring aku malas nak bace, novel yang intro panjang2 pun malas aku nak bace. 
mula2 bace aku rasa novel ni biasa macam novel lain. tapi yang beza dia gaya penulisan dia agak sempoi. Sesuai la ngan jiwa remaja aku. Ahakkk.. remaja lagi ke aku?? remaja ag okeiiii... berbeza la ngan novel lain yang guna ayat mak aiiiii sastera gile.. naik boring aku bace mls nak tulis name novel 2 kat sini..walaupun novel ni agak tipikal cam novel lain yang wataknya anak orang kaye ade duit juta2 tapi novel ni lain sikit sebab hero Joe 2 aku rase jahat. Hahahahahaa, tak tau la nak describe ape lagi sal novel ni.. yang aku tau tak rugi pun beli novel ni coz memang best giler... two thumbs up untuk penulis....

COVER-SS
cover novel tersebut

A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul

“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

– Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!
* * *
Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?
Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!


Tuesday, November 23, 2010

Promosi sempena cuti Sekolah

Sempena cuti sekolah ni rasanya ramai ibu-bapa yang ambil peluang untuk bawak anak - anak berjalan - jalan makan angin. Kalau yang banyak duit dan cuti bolehlah melancong jauh-jauh sikit.. yela kata orang jauh perjalanan luas pemandangan.

macam mana la pulak kalau ibu bapa yang sibuk?? tapi nak jugak bawak anak2 bercuti???
emmm... tempat2 dekat kan ada. dekat pun boleh bercuti jugak.

Berita baik bagi parents yang duduk di KL. ada pakej yang menarik untuk anak-anak dan mereka sendiri 

Pakej di ( The Mines )
makan
permainan
pertunjukan harimau putih
naik kereta 2 alam ( x pasti macam mana)
spa
golf

semua ni berharga RM 800
tapi kalau jadi membership hanya 40 sahaja..

pakej ni tak berapa detail kerana tuan tanah tak tahu sangat pasal ni.. apa2 pun nanti saya akan update pakej yg detail.. lagi untuk pertanyaan lanjut boleh emailkan ke wan_steward@yahoo.com atau telefon terus 019-9934389

untuk yang ingin ke sini 

by bus
dari metrojaya di KL Sentral ambil bas city Liner no 22

by Komuter
Dari mana2 stesen komuter berhenti di stesen komuter serdang



tempat2 yang menarik di " the mines Theme park ni adalah

TEKSI AIR  
Jangan lepaskan peluang untuk naik teksi air atau cruise sepanjang tasik 150 hektar. Dapat juga menikmati angin malam saat anda duduk dan menikmati pemandangan di sekitar tasik. Apabila anda menjelajah sepanjang tasik, anda akan dapat melihat patung-patung haiwan gergasi dengan lampu yang menyala. Haiwan-haiwan gergasi termasuk dinosaur, yang berenang, lumba-lumba dan anak ayam.

TRAIN RIDE , ROAD TRAM & VINTAGE CAR 
Anak-anak anda akan menikmati pemandangan tersedia di taman ini. Untity train ride yang akan membawa anda di sekitar taman. Anda akan dapat melihat kebun dan haiwan yang dipelihara di sini. Perjalanan Road Tram adalah kereta api choo-choo yang bergerak di jalan yang akan membolehkan anda untuk melihat sisi lain dari taman. Kembali ke usia otomotif dengan pergi pada kereta Vintage yang akan membawa anda di sekitar tasik dan taman yang indah.

ICE FACTORY
Nak rasa tau macam mana rasa Negara Iklim sejuk??? 
Apa kata anda alami sendiri pengalaman suhu sejuk yang melampau di Malaysia tropika. Dengan suhu di antara -10 ° C hingga -15 ° C, ini 10.000 kaki persegi ice factory adalah wonderland musim sejuk pertama di Malaysia. Lihat banyak patung-patung ukiran  ais yang dibentuk  binatang, ikan, kerusi dan model menarik lainnya di sini. Ingat untuk memakai jaket musim sejuk anda yang terdapat di pintu masuk ke tempat ini. Anda mungkin akan menghabiskan waktu sekitar 15 minit paling banyak di tempat ini kerana suhu sejuk di sini

BENGAL TIGER 
Pelajari semua tentang Harimau Bengal di secret of the Tiger. Berjalan sepanjang jambatan dan anda akan melihat beberapa harimau yang berkeliaran dengan bebas di kawasan tertutup di sini. boleh melihat spesies terancam iaitu harimau putih di sepanjang jambatan. Binatang lain yang dapat anda lihat termasuk merak, berenang, para kambing dan burung Macaw.

Musical Fountain, Cultural Show and Aqua Laser Show
 Di Amphitheatre, anda akan melihat Musical Fountain yang di mana air akan menari di udara smengikut alunan muzik dan menyerap cahaya di sekitarnya. Menjadikannya seperti cahaya yang menari2 Ada 2 menunjukkan selama hari biasa dan 3 menunjukkan pada hari cuti dan Hari minggu.Sebelum musical fountain, ada persembahan kebudayaan yang menunjukkan tarian asli dari negara bahagian Sabah di Malaysia Timur. Acara diakhiri dengan persembahan laser aqua.Jadual:Selasa-Jumaat (20:00 dan 21:30)hari minggu dan hari cuti (8:00, 09:30 dan 22:30)

Monday, November 22, 2010

Shoutz award

Sabtu Baru ni 8TV de siarkan shoutz award...
malangnye aku x tg0k..uhuuu
tapi xpe..
here senarai pemenang2..
congrats 


Shout! Awards 2010

Music
Rockstar Award - Bunkface



Popstar Award - Yuna
Power Vocal Award - Faizal Tahir
Flava Award - MizzNina
Break Out Award - Yuna
Music Video Award - Bunkface (Prom Queen)
Mobile Artiste of The Year Award - 6ixth Sense (Tanpa) 

TV & Film
Best On Screen Chemistry Award - Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom) 
Fresh TV Series Award - Nur Kasih 
Breakthrough Local Feature Award - Lagenda Budak Setan 
Favourite TV Program Award - Showdown 2010

Favourite TV Personality Award - Zizan Raja Lawak

Radio
Coolest Radio Announcer Award - Phat Fabes (Fly FM Pagi Show) 
Favourite Radio Show Award - Hot Fm AM Krew 

Hot Chick Award - Scha Al-Yahya
Hot Guy Award - Henry Golding

The Ultimate SHOUT! Award - Yuna
__________________

Tuesday, November 16, 2010

Gambar Perkahwinan Baizura Kahar

HAHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! baizura kahar??? sape die 2?? kalau sebut dunia baru mesti korang ingat sape die ni....dgr khabar die da kawen..tol kew??? aisshh tuan tanah pun xtaw la...dgr2 citer gak..carik punyer cari terjumpa la gambar ni kat SINI . info lanjut boleh klik kat SINI








































Semoga berbahagia hendaknya ..kekal hingga akhir hayat.. amin 

Lirik Lagu Sofea Jane

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Chorus
Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku

http://miszsheyla.blogspot.com
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Ulang Chorus 2X

Lirik Lagu Tolong Ingatkan Aku By Ana Rafali

Lirik Lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali 

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari



Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
http://miszsheyla.blogspot.comKu teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita


Keputusan Separuh akhir Muzik - Muzik

Semalam tertengok TV3.. aku langsung xtaw yg muzik2 da pun masuk separuh akhir... aishhh lau zaman dulu..time ade je muzik2 separuh akhir aku da terpacak depan tv..tapi kali ni langsung x.. bukan kali ni je taun lepas punyer pun aku x layan sangat....
sgt ketinggalan sebab da masuk minggu ke 2 pun..APAKAH????
huhuhu tapi nasib baik tertengok tv semalam..finalist boleh tahan.. i l0ve ana rafalli....love black..love stacy..love pebules ket..ngaa~ suke seme la....

ni senarai top 6 yang layak
1. Jahat – Stacy
2. Drama King – Meet Uncle Hussain
3. Tolong Ingatkan Aku – Ana Rafali
4. Susun Silang Kata – Aizat
5. Sofia Jane – Black

6. Ku Ada Kamu – Adira

Ni plak keputusan minggu pertama

1. Hafiz – Noktah Cinta
2. Hujan – Mencari Konklusi
3. Yuna – Cinta Sempurna
4. Adibah Noor – Sejujur Hatimu
5. Faizal Tahir – Hanyut
6. Shahir – Kebahagiaan Dalam Perpisahan


Monday, November 15, 2010

signboard are nonsense sometimes PART 2

Sape dapat cari Pintu dapat upah cekodok pisang

ngaaa ~ t0l gak sape nak ganti pasu munge d0rang lau k0 langgar..muahahahahhaa

Bayar ngam2 la... t xkuar baki jgn marah


ni bukan kes signboard nonsense tapi org yang conteng ni nonsense


Tidak ada jalan... sila undur balik kenderaan anda

muahahahahhaa....nk terkentut ase bace signboard neh... sape yang bunang sampah ni mang B@B1 la...
s0 kepade sesape jangan bunang sampah merate2... nanti anda akan dapat pangkat B@b1


waduh wak pajaro..ni mesti kes parking merate2 ni

semp0i... terbantut orang nak isap r0k0k...kene telan asap.. mau kemb0ng patblas jam

Serius buyers only


kurangan laju boleh selamatkan nyawa


mcm la lembu ni boleh membaca... sedih ati die kalau die taw pe yg signboard ni tulis.. :((

Friday, November 12, 2010

hOH Theme baru yg mer0sakkan Blog haku

haku punyer suke la nk letak theme pape p0wn kan.....
hahahahhaa tapi aku x sukak bila theme baru ni mer0sakkan blog aku..ngaaaa
byk kene adjust balik...huuuueee
DONT LOOOIKKKKKKKKKKKK

Pakai Helmet Untuk Mengurangkan Risiko Kemalangan

Bergaye sungguh brAder ni

walaupun cume main game..tapi keselamatn itu penting

erk....

Gadis Ayu...

Helmet Untuk Kaki.. 



bogo

xkire ape stail helmet itu penting






ngee~ yang ni boleh dikire sebagai mengurangkan risiko kecurian

sumber FB

Lumbe Haram

ape nAk jadi nga dunia sekarang...
asyik2 lumbe haram...
bukan ape aku cukup nyampah lau isu ni asyik ditimbulkan
x abis2 perangai..
nk ckp lebih2 pun malas
k0rang teng0k la sendiri aksi2 lumbe haram ni

tepi2 aku dulu

yearh..berjaya mendahului


hiyarghhhh... wiliiiiiiii

x snonoh t0l..mang haram jadah... pic ni amek dari carig0ld... tapi bleh tg0k kat pic 2 ade watermark tuan punye blog.....

Lirik Malique Ft Najwa Senyum

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali  
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka  
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse

Ulang Chorus
Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
http://miszsheyla.blogspot
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse

Ulang Chorus

Ulang Verse
Senyum :)


Tuesday, November 2, 2010

Tarian Poco - poco haram

poco-poco tarian yang besenye akan dapat rating paling tinggi kalau aku g kursus kat mane2...jgn kate kursus la time riadah ke, pape ektibiti la mesti ade jek tarian poco ni... aku suka bangat ngan poco- poco.. s0nok gile... pergerakan die pun senang...lagu pun best.... tapi yang x bestnye tadi aku baru terbace yang tarian poco-poco ni haram... aishhhh kenape lak haram... aku da x puas ati ske2 ati jek kate haram ..

aku dapat inf0 ni dari SINI yang menyatakan tarian poco-poco atau pocor-pocor atau pocoh-pocoh ni adalah haram sepertimana yoga yang difatwakan haram.. ermmm ye ke??? lau x sure bace kat bawah lagi....


Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2
kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

izinkan saye untuk copy cket ayat dari blog tuan punye :
bukankah Nabi SAW dan berpesan melalui sabdanya
"barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri di kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan)
adeh..nak ke kite disamakan dengan kaum2 tersebut????? shaye tam0e!!!!!!!! even aku sangat suka dengan tarian ni aku xkan menari ag..insyaallah... tapi heran la... nape poco2 x diharamkan macam yoga 2???? ermmmm better orang taw bende ni...sebab kebanyakan mokcik2 yang datang g poco2 kat office aku adalah melayu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers