Di keheningan malam semalam aku berduaan dengan sahabatku menonton television (aitcehhhhhh...ahak sesekali nak bersastera) lepas tu tertengok la satu iklan ni. tak sure sangat start macam mana tapi yang aku faham seorang ayah tunjukkan anak die hadiah birthday. then anak die tanye mane.. " tu yang tu yang tu semua anak die yang punye (sambil tangan tuding arah bangunan2). rupanya iklan Amanah Hartanah Bumiputera.
Aku macam tertarik dengan iklan 2 dan tertanya2 apa itu amanah hartanah bumiputera. Uhuuu... aku memang agak ketinggalan zaman . so tadi cuba la cari then terjumpa artikel ni
Skim AHB beri peluang Bumiputera nikmati kekayaan negara adil, saksama: PM
2010/11/29
KUALA LUMPUR: Skim pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang dilancarkan hari ini memberi peluang kepada golongan Bumiputera untuk turut sama merasai kekayaan negara dan berjaya dalam lapangan ekonomi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pelancaran skim ini merupakan hasrat kerajaan untuk membawa perubahan besar kepada ekonomi negara agar kekayaannya tidak tertumpu kepada golongan atasan semata-mata.
Click Here
"Kita tidak ingin melihat jurang antara mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah semakin melebar, melalui usaha seperti ini maka kita dapat membantu untuk mengurangkan jurang ini.
"Ia juga dapat memberikan satu lagi instrumen di mana kekayaan negara kita ini boleh dimiliki oleh seberapa ramai rakyat Malaysia," katanya ketika berucap melancarkan AHB di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), Kamalul Arifin Othman.
Najib berkata kerajaan berpegang kepada prinsip bahawa kekayaan negara haruslah diagihkan secara adil dan saksama kerana sekiranya sebahagian besar rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan Bumiputera tidak dapat merasai kekayaan negara secara adil maka keadaan ini telah menafikan hak mereka.
"Ini juga tidak menyumbang kepada kestabilan politik negara kita pada jangka panjang. Kita tidak mahu menafikan hak golongan Bumiputera untuk terus melabur dan mencapai keinginan mereka berjaya dalam perniagaan dan lapangan ekonomi.
"Tentu sekali kalau golongan Bumiputera lalu-lalang di tengah kota raya dan kalau mereka mendongak ke atas dan melihat bangunan pencakar langit dan bangunan komersil dan mereka merasakan bahawa bangunan yang tinggi nilainya itu tidak dimiliki oleh mereka, maka sudah tentu ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kurang senang di kalangan golongan Bumiputera," katanya.
Najib yang juga Pengerusi Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera berkata langkah memperkenalkan skim ini dibuat bukan sahaja untuk meluaskan penyertaan pemilikan Bumiputera dalam aset-aset komersil bernilai tinggi, tetapi juga untuk mencari satu kaedah agar pemilikan itu terus berkekalan.
"Kerajaan akan terus bantu supaya pelaburan Bumiputera dapat terus mencari peluang pemilikan hartanah yang strategik dan bernilai tinggi supaya hasrat kita untuk memperlihatkan sebuah negara yang lebih seimbang dari segi pembahagian kekayaan akan tercapai," katanya.
Skim AHB telah diumumkan Najib yang juga Menteri Kewangan ketika pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini bagi memberi peluang kepada golongan Bumiputera mempertingkatkan lagi pegangan mereka dalam hartanah-hartanah komersil di lokasi strategik dalam negara.
AHB yang bersaiz RM1 bilion adalah terbuka kepada pelabur-pelabur Bumiputera yang berumur dari tiga bulan ke atas, dengan syarat pelabur yang berumur bawah 18 tahun perlu seorang penandatangan penjaga sah rakyat Malaysia.
Unit-unit akan diniagakan pada harga tetap RM1 seunit.
Pelabur Bumiputera boleh menyertai pemilikan benefisial aset hartanah dengan pelaburan minimum sebanyak RM500. - BERNAMA
macam menarik jugak benda ni..tapi setakat ni cuma info ni je yang dapat..uhuu.. kalau ada info lebih lanjut haku update..
for more info klik SINI or kat SINI
2 comments:
"Makcik bukan ape,.. makcik saje je datang tengok bangunan makcik ni..." .... "tu pasu bunge tu, nnt letak kat situ ye.." ...
@ hafiez86~ terbaik la iklan 2..hahahahhahaa
Post a Comment