Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Wednesday, March 30, 2011

Punca Penyakit Jantung

waduhhhhhhhhhhh...jantung ku ase sakit bila aku tarik nafas dalam2...tak kan ade sakit jantung kot...ohhh sungguh tak sesuai ko tau....ehhhh? sape kate tak sesuai, ko ingat orang tua aje yang ade penyakit ni.... orang muda pun boleh la..meh baca sikit punca2 dia


Gangguan kitaran darah ke atas jantung boleh menyebabkan kematian sel jantung itu sendiri. Proses inilah yang menyebabkan berlakunya sakit jantung. Manakala penyakit jantung koronari yang berterusan juga boleh mengakibatkan sakit jantung.
Punca2 nya


1. Anda kekurangan vitamin B6 dan B12, anti-oksidan dan asik folik yang menyebabkan paras homosistein yang tinggi dalam darah.

2. Melakukan kerja-kerja berat yang berterusan.

3. Waktu tidur yang tak mencukupi. Biasanya waktu tidur yang cukup adalah 5 ke 8 jam mengikut peringkat umur anda.

4. Selalu mandi di tengah malam. Elakkan mandi selepas jam 10 malam.

5. Melakukan hubungan seks di dalam air atau ketika cuaca (udara) yang terlalu sejuk.

6. Selalu berada di dalam keadaan kemurungan terutamanya untuk wanita.

7. Bagi lelaki pula, elakkan daripada emosi marah menguasai diri anda. Mengikut kajian University College London, mereka yang panas baran dan mudah meradang lebih mudah diserang penyakit jantung koronari.

8. Anda yang merokok secara berterusan.









Tuesday, March 29, 2011

Stress & Teknik Atasi

Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupa-kan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri .Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya se-tiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.
Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:
1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.
3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.
4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.



pstt** ade gak woooo golongan yang stress bila team bola yang disokong2 kalah...citt x paham aku...baik layan shaun the sheep...mbeekkkk.....





Monday, March 28, 2011

“Tuhan Sahaja Yang Layak Judge Saya” – Miera Liyana


Tergelak Ai apabila membaca kenyataan artis kontroversi ini memberikan kenyataannya kepada pihak media. Bukan apa, terlampau banyak sangat kenyataan bersifat perangkap diri sendiri, sampai satu masa boleh disalah tafsir oleh pembaca-pembaca yang lain.

Apabila Ai membaca kenyataan Miera Liyana di Murai, Ai tak tahu apa sebenarnya yang difikirkan oleh artis ini. Memang benar, Miera Liyana sudah pun meminta maaf atas keterlanjuran berpakaian tempoh hari. Kebiasaannya, artis-artis lain akan mengambil sikap mendiamkan diri selepas meminta maaf. Tapi, Ai lihat, rutin itu tidak ada pada Miera.
Ai agak tersentak apabila Miera berkata, “Bagi saya, Tuhan sahaja yang layak untuk mengadilinya bukan orang lain yang sudah tentu tak mengenali diri dan hati budi saya.” Atas tiket apakah yang Miera boleh berkata-kata sedemikian? Logik akalnya, Ai mendapati Miera yang masih belum terbuka untuk menerima kritikan serta cemuhan orang ramai.
Biasalah, banyak artis-artis baru yang belum bersedia dengan kritikan orang ramai sudah tentu cepat mengelabah apabila satu-satu isu dipanaskan. Ai pun, bukan sekali dua pernah diserang oleh artis-artis baru di laman twitter, banyak kali juga. Tapi, Ai mengambil sikap profesional, tak perlu cerita panjang lebar.
Mungkin, artis baru seperti Miera ini perlu belajar dengan artis senior berkenaan teknik-teknik menjawab soalan. Kan?
sumber :ohbulan.com
pstt*** LOL

(Gambar) Sharifah Amani Covergirl InTrend April 2011


comel...saje nak publish....
hahahah tadek kerja

Nyampah tau

##tengok la ni, aku beli moisturizer
**eeiii kenape ko beli yang ni??? ko tau tak Hazlin snol ni dari dulu aku selalu dengar tak elok, tau tak bahan kimia dlm die banyak
##yeke...mane la aku tau
**yela...hazlin snol, jonsen babe, fantene tu seme tak boleh...kalo ko pregnant ag la x boleh pakai....(penuh kompident aku ckp ni)
%%knp plak jonsen tak boleh pakai...abis baby tu selalu pakai tu
**iye.....betul aku penah bace...jap cari dlm tenet
*******************************************************************************
penat search dlm tenet sampai petang tak jumpe lak artikel pasal jonsen babe xleh pakai.... benci taw....
tak suke bila fakta aku orang tak mo caye....
ouhhh nk sambung cari ag....

till then tunggu artikel dr puan dokter tak bertauliah ni yee

Monday, March 21, 2011

Sesi Buli Bos ,kawan2 makcik2 Day 2 @ Pu3 Resort

pagi2 lagi dah ade xtvt iaitu solat subuh berjemaah, solat hajat etc yang mana semasa solat sunat tu dah salah kiblat... dimana staff pu3 resort dah salah tunjuk kiblat...nasib baik die datang balik tunjukkan kiblat yang betul...
selepas tu sesi pocorobik depan kolam renang, yang mana sgt2 la fun...
mls la nak type pjg2 layan gambar aje la...


sesi ape ntah dipanggil ni... tapi cam ala2 ossom gak la.... yg pegang mic tu encik fauzan slh seorang staff dr Hushim motivational ....

nengok punya la seronok sampai ngange 2 mulut ahkak kite.....

 
benang hikmat, semua peserta dah diikat dengan benang ni...so semua orang kene balancekan belon, jgn bagi benang putus







 



sempat posing

 
 
sesi main2 lambung belon....

aktiviti semua sgt seronok...serius memang hilang stress....huahuahua....
berminat korang boleh la wat xtvt dgn consultant ni... 

DaY oNE @ PU3 RESORT

fisrt day pas peserta check in bilik aku tak ready ag..so aku n the gang terus ke dewan bendahara 2 settle ape yang patut...pas 2 terus masuk bilik... masuk je bilik aku terus terjun katil...walllah sgt toinkkkkk....
paling sengal membe aku g masuk toilet dulu tengok towel...padahnye bile aku dapat towel koyak rabak...

cam ne aku nk mandi kalo towel koyak rabak cenggini

siap boleh muat kepale aku tu towel die

bilik ok, kemudahan dalam bilik ok...cume agak berhabuk sikit la..
nasib baik la hari ke 2 die tukar towel aku ...

membe aku suggest utk tukar bilik...mula2 cam ok gak la nk tukar bilik kan..tapi dah asyik terserempak ngan brother2 jabatan lain terus niat utk tukar bilik tu aku batalkan...keji gile perangai...

oh tukang anta seterika puteri resort sgt ensem ko taw.. kol la 2 3 kali encik receptionist utk mintk iron...



Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah?

KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh. 

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka. 

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini. 

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid. 

Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama







Malam Gala ABP miera liyana - xpe nampak sikit aje

Seksi itu satu elemen yang sangat subjektif. Seksi dari mata si tukang lihat akan ada satu tarikan. Pertama, mungkin akan rasa tertarik lalu suka dan kedua, rasa muak. Itu bergantung pada nafsu yang ada pada diri masing-masing.
Dalam pada bercakap pasal seksi ni, ada kelibat seorang pelakon wanita cantik menarik perhatian Budiey semasa hadir di Malam Gala ABP – Rafflesia yang diadakan semalam. Lenggok badan langsingnya persis model ternama. Wajah manis, kulihat dan ku renung, macam pernah jumpa sebelum ini. Ya, dialah Miera Liyana Kasmi yang pernah Budiey jumpa semasa Majlis Pelancaran Drama Luna Fantasiku, sebuah drama online arahan Aziz M. Osman sekitar tahun 2008 lalu. Dah 4 tahun bergelar pelakon, namun tak ramai yang kenal Miera.
Cuma sebelum ini ada terdengar juga pasal gosip tentang dirinya.
Dalam debaran menanti Apokalips serta kemasukan ke kolej, di hati Mira masih terselit pengharapan supaya kisah dirinya tidak berdisiplin disebabkan panggilan telefon serta SMS tidak berjawab dapat dikikis kerana sedikit sebanyak ia masih diperkatakan mereka yang tidak tahu hujung pangkal.
“Perkara itu sudah diselesaikan. Semuanya berlaku disebabkan salah faham kerana sebelum ini tiada masalah. Apa pun, setiap yang berlaku akan saya jadikan iktibar untuk lebih peka pada masa akan datang,” katanya lagi yang baru pulang dari Paris menyertai sebuah pertunjukan fesyen. – Berita Harian
Lama juga Budiey perhatikan gadis ini. Bukan hanya Budiey, malah boleh kata semua jurugambar yang ada di luar dewan. Hingga satu titik, semua biji mata tertumpu pada baju yang dipakainya. Wow, pasti ada biji mata tertojol. Fuh seksi ya amat.
Okay, hakikatnya, ramai yang tak kenal dengan Miera Liyana. Namun, percayalah, mulai malam ini, orang akan mengenali Miera Liyana. Secara tidak langsung, nama beliau akan popular.
Masih ingat lagi, pada masa itu, Miera Liyana berusia 15 tahun, wajahnya memang cun melecun, persis ratu dari Jepun. Kalau tak silap pengamatanku, dialah Miera Leyana. Ya, masa tu, Miera baru nak ambik PMR. Kalau tak silaplah. Ini gambar Miera Liyana masa tahun 2008.

Miera atau lebih mesra dengan panggilan Nana ini lahir pada 28 Ogos 1993 dan berasal dari Johor. Sekarang, Miera Liyana dah besar panjang dan sebelum ini pernah berlakon lebih 20 drama termasuklah drama Kamelia Katrina dan juga sebuah filem pertama Apokalips, filem Mamat Khalid yang sedang menunggu masa ditayangkan.
Rasanya, semasa majlis berlangsung, Portal GUA terlebih dulu meletakkan gambar di Facebook dan Twitter diikuti oleh blogger lain.
Ada Apa Dengan Miera Liyana?
GUA dahulukan dengan ucapan maaf. Bukan sengaja nak cetus kontroversi tapi bila dah kat depan mata, terbeliak jugalah biji mata GUA ni.
Saat ditanya, tidakkah dia bimbang pakaiannya malam ini akan mencetuskan kontroversi, Miera Liyana, pelakon drama Kamelia Katrina memberitahu wartawan Galaksi, “Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan.”
Kalau korang nak dengar penjelasan lebih Miera, jangan lupa tonton Galaksi minggu depan di TV9, 9 malam.

haaa...nak tau baju ape yang die pakai tu..... g nengok kat sensasi selebriti........






Saturday, March 19, 2011

4 Malaikat Inilah Yang Akan Mendatangi Kita Ketika SAKIT...........

 
Tak perlu Anda bersedih dalam sakit karena itu adalah ujian dalam ibadah Anda. Salah satu bukti kasih sayang-NYA adalah, Tuhan mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit. Berikut adalah penjelasannya;


“Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada saat sehat dan pada saat waktu senangnya.”

Ujaran Rasulullah SAW tsb diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadist yang lain Rasulullah bersabda :


"Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya."

Allah memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lezatnya makanan dari mulutnya

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat pasi.

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.


Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lezat, dan cahaya di wajah sang hamba.


Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa2nya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : "Ya Allah mengapa dosa2 ini tidak Engkau kembalikan?”.


Allah menjawab : “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa2nya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa2 tersebut ke dalam laut.”


Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

Wallahu'alam...........
sumber FB


Kerana saya tidak cantik..
saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik..
saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik..
saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
  
Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
  
Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya tak cantik..
saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

Friday, March 18, 2011

Peraturan Dalam Rumah


ko ade??? tak de kan??

Kepenatan di Mydin Mall Melaka

feeenat whoaaaa.......hari ni ada explorace....tapi bukan la cam explorace dalam tv 2....mau berguling2 aku balik hotel....nama je ganas tapi xde la ganas mane pun...boleh dikatakan explore bandar melaka la lebey kurang..kene jalan kaki whoaa...tapi aku x jalan, aku nek kete..yela...u/setia la katekan..muahahahahahaha....
punye penat next time la cerita..malas nak type lebey2.... now ngah makan yee mee kat rasa village dalam mydin mall dengan mai shcawan , erlyana n ain....

Thursday, March 17, 2011

10 Pentanda Dia Jodoh Kita


(^_^)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.  

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.  

2.Senang bersama  
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.  

3.Terima kita seadanya  
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.  

4.Sentiasa jujur  
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.  

5.Percaya Mempercayai  
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.  

6.Senang Bekerjasama  
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?  

7.Memahami diri kita  
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.  

8.Tampilkan kelemahan  
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.  

9.Kata hati  
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.  

10.Solat Istikharah dan Tawakkal  
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.  

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad: Hj Abdul Samad Feel free to copy/share. Don't ask  

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)   Gunakan seluruh panca...indera  

Wednesday, March 16, 2011

Off to Melaka

kursus weh...mintak maap le 2 3 ari ni kalo tak balas komen ye...

17 - 19 ~ melaka
21-23 ~ Melaka Again
29-31 ~ cameron 

ulau atas pagau le
melake tungu aye ye....
AYE DATANG ESOK....
AYE NAK MAKAN IKAN BAKAU



Kesan Radiasi Nuklear Kepada Manusia

FUKUSHIMA: Gas hidrogen di reaktor nombor tiga loji nuklear Fukushima Daiichi meletup pagi semalam, menyebabkan 11 cedera, tetapi tidak membocorkan radiasi seperti dibimbangi pelbagai pihak.

Insiden pada jam 11.01 pagi di loji nuklear yang terletak 240 kilometer (km) di utara Tokyo itu, berlaku dua hari selepas letupan hidrogen di reaktor nombor satu di loji sama yang rosak selepas Jepun dilanda gempa bumi mega dan tsunami besar Jumaat lalu
INFO: KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA
  • Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.
  • Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.
  • Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.
  • Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.
  • Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
  • Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.







sumber : rancakdisitu


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers