Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Wednesday, March 16, 2011

Gempa bumi di Jepun mengubah paksi bumi


Gempa bumi  @ Earth Quake @ 地震(じしん)Jishin @ زلزال  zil zaalun kuat yang melanda Jepun dilaporkan begitu berkuasa sehingga mengubah bentuk persisiran negara itu dan menganjak paksi bumi. Menurut saintis Amerika Syarikat dan Itali, gempa itu bukan sahaja menyebabkan sebahagian daripada tanah bergerak hampir 2.5 meter tetapi juga menganjakkan bumi daripada titik paksi sekurang-kurangnya 8-10 sentimeter ke timur.

Selain itu, gempa terkuat yang pernah melanda Jepun itu turut mempercepatkan pusingan harian bumi sebanyak 1.6 mikrosaat pada hari kejadian. Profesor dari Universiti Tokyo, Satoko Oki berkata, Gempa bumi sekuat itu yang disebabkan pergerakan lantai bumi di bawah laut hanya berlaku sekali setiap 1,000 tahun.

Banyak bencana alam (banjir, letusan gunung berapi, gempa bumi, salji melampau, panas melampau dll) berlaku sejak akhir-akhir ini menimbulkan pelbagai persoalan, mungkinkah usia dunia sudah hampir ke penghujungnya. Semakin banyak musibah dan malapetaka yang mengakibatkan huru hara dan kesengsaraan.  Sehebat mana pun manusia tidak akan mempu melawan kuasa Tuhan. Sekali lagi takziah pada yang terlibat dengan bencana ini, semoga terus tabah dan sabar.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". (H.R Muslim)


Renung-renungkan dan selamat beramal. 


-Sumber: Sinar, Berita Harian-

1 comment:

y-A-n-A said...

masyaAllah.. hebat sungguh kuasa Allah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...