Selama bertahun-tahun, para saintis meramalkan bahawa menjelang 2012, matahari akan mengalami fasa dikenali sebagai solar maksimum dengan aktiviti ledakan api dan bintik matahari berada pada tahap paling aktif.
Keadaan tersebut dijangka menyebabkan suhu Bumi meningkat.
Namun, permukaan matahari yang agak tenang sejak kebelakangan ini menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
Tanda-tanda perubahan tersebut termasuk ketiadaan pancutan api, sejumlah bintik yang pudar dan kelembapan aktiviti di kedua-dua kutub matahari.
Pendedahan itu dibuat menerusi tiga hasil kajian yang dibentangkan pada pertemuan tahunan Bahagian Solar Fizik Persatuan Astronomi Amerika Syarikat di Las Cruces, negeri New Mexico kelmarin.
"Keadaan ini ganjil dan di luar jangkaan," kata seorang pengarah bersama Agensi Percerapan Solar Nasional, Frank Hill.
Aktiviti matahari cenderung meningkat dan berkurangan setiap kitaran 11 tahun.
Fasa solar maksimum dan solar minimum pula berlaku setiap 22 tahun. - AFP
GAMBAR fail yang dirakamkan kapal angkasa kecil milik Pentabiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA)
menunjukkan letusan berlaku di matahari pada 7 Jun lalu.
menunjukkan letusan berlaku di matahari pada 7 Jun lalu.
sumber :carigold
2 comments:
urrmm,. itu la namanya ramalan kan,.xsemua yg diramalkan tu akan jadi,.hanya Dia je yg tahu segalanya,.=))
salam
dunia skrg mmg panas bangat,,,huhu
Post a Comment