Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Tuesday, April 19, 2011

Parti Siswi Seksi


MELAKA: Beberapa pengusaha pusat hiburan di negeri ini didapati bertindak melampau bagi menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan ‘parti pakaian seragam kolej.’

Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Hassan, yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu terbukti selepas pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yang mempromosi aktiviti berkenaan.

Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan.

“Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik.

“Memang jelas parti dianjurkan itu sengaja mahu menarik pengunjung terutama membabitkan golongan pelajar untuk mereka berhibur.

“Apa yang saya tak puas hati mengapa mereka menggunakan perkataan kolej, seolah-olah sengaja mahu menarik golongan muda berkenaan untuk menyertai parti berkenaan,” katanya, di sini, semalam.


h.metro

4 comments:

[p@kcikLie] : [ mamaDiana] said...

kenapa perlunya parti seumpama itu ..lagi2 untuk pelajar....melampau betul la mereka2 tu...knp perlu adanya daya penarik siswi....fokus/matlamat pon sudah nampak melampau !!

Hafeiz86 said...

HOH!... kenapa aku tak tau ade parti ni?.. tak guna... kalu tau bleh pegi... muahahahaha...!!...

misz sheyla said...

@pakcikLie~ memang melampau golongan2 ni...nk kaut untung je

@hafiez~ kalo ko tau pun xleh g...ni siswa siswi je..ko dh kertu..hahhahaa

misz sheyla said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...