Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Thursday, April 7, 2011

Ramuan Melampau Dalam Mee Segera

Sape yang tak pernah makan mee segera ni cuba angkat tangan...jangan menipu la ok...jangan cuba,.... ni makanan paling  mewah di kalangan student2 IPTA N IPTS pada mid sem kan??kan??kan?? mase wet2 PTPTN/MARA da tinggal paras2 hidung aje...haha...juga merupakan peberet aku time2 aku malas nk fikir hari ni nk makan ape....boring ko taw hari2 nak kene fikir nak makan ape, ...tak suke ok...

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate:Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.


credit to citralara

psttt** tapi kan aku ase mungkin bahan ni kuantiti die sikit dlm mee tu...bukan lah tak boleh makan, tapi jangan selalu....bila dah makan minum la air sebanyak mungkin bagi singkirkn bahan2 tu dalam badan....ye ke mcm tu??? ntah la...kurang2 kan la makan makanan segera.... lagi satu benda ni tak ada sumber yang aku boleh link kan untuk korang baca... so depend pada korang nak percaya atau tak....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...