AHAD ini, akan diketahui siapa pemenang 16 kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010) selain Bintang Paling Popular apabila nama mereka diumumkan pada malam kemuncaknya di Arena of Stars Genting Highlands. |
akan artis ramalkan Lisa, Sam, Zizan calon pilihan Bintang Paling Popular ABPBH 2010 AHAD ini, akan diketahui siapa pemenang 16 kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010) selain Bintang Paling Popular apabila nama mereka diumumkan pada malam kemuncaknya di Arena of Stars Genting Highlands. Bagi mereka yang tidak berpeluang ke Arena of Stars, acara gemilang ABPBH2010 ini boleh diikuti di TV3 selain radio HotFM kerana kedua-dua stesen penyiaran itu turut membuat siaran secara langsung. Bukan sahaja peminat dan pembaca Berita Harian, malahan di kalangan artis sendiri termasuk mereka yang tersenarai dalam Top ABPBH 2010 turut mempunyai pilihan sendiri siapa yang bakal menerima trofi Bintang Paling Popular ABPBH edisi ke-24. Lisa Surihani, Shaheizy Sam dan Zizan antara calon yang disebut-sebut sebagai Bintang Paling Popular kali ini. Beberapa artis juga turut menjadi sebutan dikalangan rakan artis untuk memenangi kategori yang dipertandingkan seperti Diana Danielle, Scha Alyahya, Yuna, Faizal Tahir, Shahir, Aizat, Sharifah Shahirah, Raja Azura @ Kak Engku, Aznil Nawawi, Bunkface malahan Nurul Elfira Loy juga dikatakan ada peluang masing-masing. Ramalan untuk berasakan mereka boleh menang adalah berdasarkan kepada bakat, populariti, hasil kerja yang diminati seperti filem atau lagu serta sokongan peminat daripada laman sosial masing-masing seperti Facebook dan Twitter. Adat pertandingan, ada kalah dan menang. Ikutkan memang semua orang nak menang. Peminat juga mahu artis pilihan mereka menang. Berikut adalah sebahagian artis yang juga finalis ABPBH2010 yang disoal Hip untuk siapakah calon pilihan mereka untuk menang dalam kategori masing-masing yang akan diumumkan 3 April ini. ZIZAN "Bintang Paling Popular ABPBH 2010 pilihan saya sama ada Lisa Surihani atau Shaheizy Sam. Nama mereka tengah panas sekarang. Banyak filem yang mereka bintangi, meletup! Tidak mustahil dengan bakat yang mereka miliki, boleh memenangi anugerah itu. Saya mendoakan rezeki untuk kedua-dua rakan saya ini. Malah peminat sendiri boleh menilai sendiri keberkesanan lakonan mereka. "Bagi Penyanyi Lelaki Popular, nama yang sedang panas ialah Faizal Tahir. Kita dapat lihat di mana-mana saja ada peminat Faizal, lagunya pun kerap diputarkan di radio dan menjadi pilihan pendengar. "Manakala Penyanyi Wanita Popular, saya rasa Yuna mampu menewaskan calon yang lain. Yuna penyanyi yang rendah diri dan dia juga mampu untuk pergi jauh serta bakatnya yang tiada tandingan. BLACK MENTOR "Bintang Paling Popular pilihan saya ialah Zizan. Saya antara peminatnya dan saya suka cara serta idea dia membuat orang ketawa dan terhibur. Anuar Zain berpotensi untuk menang Penyanyi Lelaki Popular dan siapa tahu sekian lama dia tidak muncul, dia akan kembali membuat kejutan. "Pelakon Filem Wanita pilihan saya ialah Diana Danielle. Dia ada karektor yang positif tidak kira bersama peminat mahupun rakan-rakan, tidak sombong. Artis Baru Lelaki Popular pilihan saya ialah Shahir. Shahir ada peminat yang ramai dan kita boleh tengok ke mana saja dia pergi, mesti dikelilingi peminat serta namanya kini sedang meningkat, tidak mustahil untuk Shahir meraih anugerah ini. NURUL ELFIRA LOY "Saya dengar ura-ura, Lisa Surihani, Shaheizy Sam atau Zizan antara yang mampu membawa pulang hadiah Bintang Paling Popular. "Berdasarkan populariti, Bunkface berpeluang memenangi Artis Duo /Berkumpulan Popular. Nama mereka memang popular di kalangan peminat. Bagi kategori Penyanyi Nasyid Popular, kumpulan Rabbani adalah pilihan saya. LIYANA JASMAY "Penyanyi Lelaki Popular pilihan saya adalah Aizat, kerana dia memenangi anugerah bagi kategori ini tahun lalu. Tak mustahil Aizat menang lagi. Bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular, saya memilih Aaron Aziz, dan Pelakon TV Wanita Popular pula, Scha Alyahya berkemungkinan besar untuk menang kerana mereka ini berbakat besar dalam dunia lakonan. AARON AZIZ "Berdasarkan popularitinya di laman web sosial Facebook yang mencecah jutaan peminat, tidak mustahil untuk Lisa Surihani memenangi anugerah Bintang Paling Popular. Tengok saja bilangan pengikutnya di Facebook dan Twitter, sudah cukup sebahagian daripadanya mengundi, pasti artis lain akan tertewas. "Pelakon Filem Lelaki Popular yang menjadi pilihan saya ialah Shaheizy Sam. Dia bukan saja popular, malah dia mampu membuat orang ketawa dengan lakonannya yang bersahaja. Rakyat Malaysia gemarkan seorang pelawak dan penghibur, ini kerana apabila kita buat orang ketawa, orang akan cepat sukakan kita. "Aznil Nawawi berpeluang cerah untuk memenangi anugerah bagi kategori Pengacara Lelaki Popular, kerana tiada siapa yang mampu menandingi kebolehannya. Kita tengok sampai sekarang, memang sukar untuk mencari pengganti Aznil. ALTIMET "Lisa Surihani dan Zizan mempunyai ramai peminat. Melihat kepada jumlah peminat di Facebook dan Twitter mereka, sudah cukup ramai untuk membuatkan mereka menang bagi kategori Bintang Paling Popular. DIDIE ALIAS "Bagi kategori Bintang Paling Popular, Zizan mampu menang. Dia mempunyai hasil kerja yang berkualiti dan setiap kemunculannya menghiburkan orang ramai. Saya percaya tahun ini tuah akan berpihak pada Zizan. Manakala bagi kategori Artis Baru Popular, saya percaya tuah berpihak kepada Nurul Elfira Loy. Dia bukan saja popular, malah bagus dalam lakonan serta pandai membahagikan masa sebagai pelajar. Bagi kategori Pengacara TV Wanita Popular, Sharifah Shahirah berpeluang untuk membawa pulang anugerah ini kerana namanya sedang meningkat naik sekarang ini. SHARNAAZ AHMAD "Bintang Paling Popular pilihan saya ialah Shaheizy Sam sebab dia bagus dan mempunyai karektor yang mantap sebagai orang seni. Lihat saja kepada watak yang dibawanya, cukup memberi kesan kepada penonton. Bagi Penyampai Radio Wanita Popular, Raja Azura berpeluang menang kerana dia sudah lama dalam bidang pengacaraan ini. Dia seorang yang bagus dalam bidangnya dan saya cukup mengagumi dia. "Bagi Artis Komedi Lelaki Popular, Zizan mempunyai peluang untuk menang, manakala bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular, Didie Alias berpotensi untuk menang. Siapa pula pilihan Lisa? Menjadi sebutan sebagai antara pemenang dalam ABPBH2010 terutama Bintang Paling Popular pada Ahad ini, memang memberi sedikit kejutan kepada Lisa Surihani. Ini kerana dia sama sekali tidak pernah meletakkan harapan setinggi itu. "Baiknya mereka yang meramalkan saya menang. Rezeki di tangan Allah. Entah-entah mereka yang menang nanti. Setiap calon ada peluang sama rata untuk menang dalam setiap kategori di ABPBH nanti. Dicalonkan sehingga tersenarai dalam Top 5 pun, Lisa rasa amat bersyukur alhamdulillah," kata Lisa dalam jawapannya yang dikirim menerusi pesanan BlackBerry. Lisa yang kini sibuk menyiapkan penggambaran filem terbarunya memilih Zizan sebagai calon Bintang Paling Popular, manakala Aizat pula diramalkan sekali lagi memenangi Penyanyi Lelaki Popular dan berasakan Ana Raffali berpotensi untuk memegang trofi Penyanyi Wanita Popular. "Saya melihat Liyana Jasmay berpeluang cerah untuk menang lagi bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan penyampai radio Hot FM, FBI (Faizal Ismail) pula diramalkan boleh naik ke pentas lagi menerima Penyampai Radio Lelaki Popular," katanya. |
Oleh : Fatin Farhana Ariffin |
Tarikh : 01 Apr 2011 |
Sumber : Berita Harian |
Pengskodeng terhebat
Great deal yawww
Saturday, April 2, 2011
Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian............................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment