KUALA LUMPUR: Hentian Puduraya yang ditutup sejak 1 Mac tahun lepas bagi kerja-kerja pengubahsuaian mungkin akan kembali beroperasi Sabtu ini.
Jurucakap Uda Holdings mengesahkan operasi bas di terminal sementara di Bukit Jalil sekarang akan ditutup pada 16 April berikutan pembukaan semula Hentian Puduraya.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan hari ini melakukan tinjauan hampir setengah jam ke Hentian Puduraya dengan diiringi Pengurus Besar Uda Mall, Ismail Hassan serta beberapa pegawai Uda Holdings.
Tinjauan Bernama mendapati kerja-kerja pengubahsuaian di hentian tersebut yang dilaksanakan oleh Uda Mall Sdn Bhd dengan kos RM52 juta hampir siap.
Kerja-kerja pendawaian dan pemasangan sistem penyedut asap kenderaan di tingkat bawah hentian dilihat sedang dijalankan.
Orang ramai merasa gembira apabila diberitahu Hentian Puduraya bakal beroperasi semula.
Pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Husin, 45, berkata, apabila hentian itu dibuka semula, pendapatannya juga boleh meningkat dengan kehadiran semula penumpang.
"Dahulu, Puduraya nampak uzur tetapi kini bangunannya makin cantik," katanya.Cheong Loke Loon, 49, berkata banyak pembaharuan berlaku sejak Hentian Puduraya dinaik taraf.
"Dahulu keadaannya kotor dan penuh asap serta bising. Tapi kini saya lihat keadaan sudah berubah," katanya.
-- mStar

____________
No comments:
Post a Comment