Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Tuesday, April 26, 2011

Ilmu Tarzan

siapa yang dah baca paper hari ni???? ala pasal ilmu tarzan tu??hahaha siyes dowh ade orang percaya.. dulu2 kalau sebut tarzan dalam otak aku mesti macam ni....kan??kan??kan???? korang pun kompem mesti cenggini gak...alaaa jangan nak geleng2 kepale...pada sape yang belum baca lagi meh aku ade attachkan kat sini keratan akhbar....kalo nk bace lebih lanjut beli la metro/kosmo sendiri


ohhhh..baju peberet ku yang ilang

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin ajaran sesat mungkin layak digelar ‘tok guru tarzan’ kerana hanya memakai seluar pendek dan kemeja-T koyak rabak ketika menyampaikan ceramah kepada pengikutnya sebelum dia ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Lelaki berusia 50-an itu ditahan pada kira-kira jam 1 pagi di sebuah rumah milik sepasang suami isteri yang juga pengikut tegarnya di Puchong, dekat sini, minggu lalu.


Siasatan awal Jais mendapati, lelaki terbabit aktif menyebarkan ajaran sesat dipeloporinya di negeri asalnya di pantai timur dan fahaman karutnya itu berkait rapat dengan kegemarannya masuk ke hutan serta ‘berkawan’ dengan hidupan liar seperti harimau dan gajah.

Penolong Pengarah Jais, Shahrom Maarof berkata, tok guru tarzan itu mula menyebarkan ajarannya sejak tiga tahun lalu serta memiliki puluhan pengikut di kampungnya dan kini dipercayai cuba mengembangkan ajaran itu di Lembah Klang.-metro


“Dia memakai seluar pendek dan baju koyak rabak ketika ditahan dan penampilannya itu selari dengan tuntutan ajaran karutnya yang diperoleh dari kawasan hutan di tempat asalnya,” katanya. Menurutnya, ketika ditahan, tok guru tarzan memberi ceramah cara ‘mengenal Allah’ kepada pemilik rumah yang juga bekas anggota keselamatan dan isterinya, kedua-duanya berusia 50-an.


Beliau berkata, berdasarkan maklumat, tok guru tarzan datang ke rumah pengikut taksubnya itu bagi memberikan ceramah terakhir sebelum membawa pasangan terbabit ke ‘alam baru’ bagi mengenal Allah di dalam hutan di kampungnya.

“Selain itu, dia dijemput oleh pasangan terbabit bagi meyakinkan atau mempengaruhi anak mereka yang enggan menyertai ajaran sesat itu,” katanya.


Shahrom berkata, antara kesesatan terkandung di dalam ajaran tok guru tarzan ialah umat Islam tidak perlu mendirikan solat, sebaliknya hanya perlu mengenal diri sebelum dapat mengenal Allah, selain memastikan hati yang bersih.


“Dia mendakwa kononnya Islam tidak mementingkan pakaian zahir, tapi cukup memiliki hati yang baik. Mungkin sebab itu dia gemar berseluar pendek dan memakai baju koyak rabak.


“Lelaki itu membahasakan dirinya ‘ayahanda’ dan isterinya yang berperanan sebagai orang kanannya dipanggil ‘bonda’ oleh pengikut,” katanya. Menurutnya, ketika disoal siasat, tok guru tarzan mengaku ilmunya bukan bersandarkan al-Quran dan hadis, tetapi lebih kepada ilham yang diperoleh ketika menuntut di hutan. Dia mengaku tidak mendirikan solat dan begitu juga pengikutnya. Katanya, Jais sudah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa agama di negeri asal lelaki terbabit bagi memantau kampungnya dan mengesan kemungkinan wujud pengikutnya di kawasan lain.


Sharom berkata, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 7 dan 8, Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana menyebarkan doktrin palsu dan dijangka didakwa di mahkamah syariah pada Julai depan

2 comments:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

hai mcm2 kan skg ni....

apek poyo said...

yg tarzan tu den tak herannn..yg jd pengikut tu yg den heran..apo la bangang bona agak eh nak jd binatang kengkawan tarzan..ekekekkek..
belajar tinggi² sampai cucur udang..ehh? salah plak
haa..ni la padah makan otak udang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers