Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Wednesday, April 13, 2011

Pelanggan Akui Jamuan Patin RM13,000 Berpatutan

gambar hiasan semate2 tiada kaitan dengan ikan patin yang telah dimakan oleh mereka

TEMERLOH, 12 April - Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, Selasa mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.

"Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ianya memang mahal," katanya kepada Bernama hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.

Pelanggan itu berkata bahawa selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.

Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan.

Seorang peniaga yang mempertikaikan dakwaan kumpulan yang mendakwa membayar RM13,000 itu, berkata pelanggan berkenaan perlu menunjukkan resit jumlah yang dibayar sebagai bukti.

Peniaga yang namanya disiarkan itu berkata dakwaan berkenaan secara tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan dan industri ikan patin di Temerloh.

Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Amran berkata beliau menjual ikan patin muncung liar antara RM80 dan RM100 sepotong bergantung pada saiz, manakala ikan patin buah liar, berharga RM16 hingga RM28 sepotong dan ikan patin sangkar RM8 hingga RM10 manakala ikan jelawat dijual antara RM30 dan RM40 sepotong



-- BERNAMA
________________

psttt*** mangkuk hayun tol... 350 orang rupenye yang makan..tapi sebut 50 orang je... santap macam2 sekali ngan udang ape ko balun pas tu nk komplen mahal....nak murah g turun sg tangkap sendiri la bang...bhahahaaha...aitceh...tapi kalo aku kene aku pun hangin jugak kot....

3 comments:

scha_imal87 said...

taw xpe..kalo 50 terkejut la jugak mkn ikan jer..ni 350 org..mmg ssuai la byr 13000..pe dehal ny..mkn lak tnak ikn jer..sorg br 37hengget..mcm gampp...gammp uhu..tbe2 emo lak~

Aleen Aiden said...

hahah.cis!tertipu alin bace.alin selaku org temerloh memang mengaku ikan patin memang agak mahal sbb die bawak naek fresh2 dr sungai pahang.tapi patin muncung liar 2 xbrape familiar.sampai sepotong 100hengget,mak aih.ngeri jugak.hu3

Mun said...

alaaa biasa arrr.. klu kuar surat khabar tu..suka nak wat gempak je lebih.. byk auta dari fakta... nak lakukan nwspaper dorg..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers