Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, June 17, 2011

Siti Nurhaliza Masuk Wataniah





Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan tujuh lagi selebriti tanah air semalam menyerahkan borang bagi menyertai Rejimen Askar Wataniah. 
Tujuh selebriti lain ialah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Kapt. (B) Mohd. Nor Bon, penerbit filem, David Teo, penyanyi, Ana Raffali dan Aizat Amdan serta pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi.

Berikutan penyertaan itu, mereka dijadual menjalani latihan ketenteraan selama 39 jam, namun tarikh mula latihan belum ditetapkan kerana bergantung kepada jadual masing-masing.
Menurut Siti Nurhaliza, beliau yakin penyertaan itu memberi peluang kepadanya membina jati diri serta memperoleh pengalaman baru.

Saya pernah menjalani latihan seumpama ini dan boleh mengagak bentuk latihan yang akan diberikan kepada kami yang menyertainya.
"Saya teruja dan tidak sabar untuk belajar perkara baharu seperti cara mengendalikan senjata," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai Rejimen Askar Wataniah kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Pertahanan di sini semalam.

3 comments:

eddy syrol said...

wah gempak...!!

jom view

ribut awan nano

Anonymous said...

haha..wataniah la ssangat

Unknown said...

@eddy syrol ~ huhu\
@ibnubaba~ hahaha..ni semua strategi ko tau

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers