Mata Cantik
Okey anak2 semua mata 2 memainkan peranan yang penting dalam hidup kite ye... penampilan mata Anda harus dijaga agar tetap menarik dan cantik. Mata dapat menyampaikan banyak hal, termasuk keperibadian Anda. Pernah dengar tak lagu ni
dari kerana mata yang mempunyai kuasa
oooohhhh aku tergoda, aku tergoda terkeciwa...
Masalah pada mata kita yang sering terjadi
Lingkaran Hitam
Salah satu penyebabnya adalah faktor keturunan, sebab yang x boleh dihindari adalah kerana usia. makin bertambah umur, lingkaran di sekitar mata makin menggelap.
Kurang tidur juga dapat menyebabkan timbulnya lingkaran hitam ini, atau stres.
so kengkawan stress no more okey
Kantung Mata
Kantung mata sebenarnya adalah cairan tubuh atau lemak yang tidak dapat dibuang dengan sempurna. Hal ini cukup mengganggu kerana membuat mata kelihatan bengkak.
Kerutan
Faktor utamanya adalah pertambahan usia yang mengakibatkan kurangnya kandungan kolagen . Walau secara biologi umur seseorang belum tua, tetapi penuaan boleh terjadi pada siapa saja. Penyebabnya adalah sinar matahari yang berlebihan dan dehidrasi.
ni maksudnya kene lebihkan minum air
okei yang itu tadi adalah masalah mata sekarang kita tengok penyelesaian die plak okei
Bersihkan mata dari kosmetik sebelum tidur
Bila tidak dibersihkan, sisa kosmetik akan menyumbat pori-pori. Untuk membersihkan bagian mata, sebaiknya gunakan pembersih mata khusus untuk mata mata, sebab mata memiliki bahagian yang lebih sensitif dibandingkan bahagian wajah lain. Setelah itu, oleskan krim mata yang akan membantu merawat mata pada malam hari.Lindungi mata dari sinar matahari
Kalau buat aktiviti siang hari pastikan guna sunblock atau eye gel untuk segarkan mata. Guna Kacamata (ala beli kat masjid jamek 10 hengget pun bleh dapat). Gunakan payung atau topi.Cukup minum air putih
Ini dapat mencegah dehidrasiBanyak makan buah dan sayuran
Kandungan mineral, vitamin pada buah merupakan nutrisi yang berguna untuk kecantikan mata, disamping juga bermanfaat untuk kulit dan kesihatan tubuh. Terutama, kandungan vitamin C pada buah atau sayur dapat membantu pembentukan kolagenRehatkan mata
Boleh menggunakan potongan kentang atau mentimun selama 10 minit berguna untuk mengurangi lingkaran hitam. Untuk memperlancar peredaran darah pada mata, juga boleh menggunakan ais batu dan diusapkan di sekeliling mata. Sebagai antiseptik untuk mata, masukkan daun sirih pada air panas, dan biarkan wap air mengenai mata Anda.
No comments:
Post a Comment