Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Monday, December 6, 2010

Sumber Rezeki penjawat awam

sekadar ingin berkongsi...

1)Apakah hukum sumber rezeki bagi penjawat jawatan di dalam kerajaan Malaysia?

2)Apakah hukum bagi pendukung agama dan kakitangan organisasi jabatan agama yang mengambil gaji/upah didalam menyampaikan agama Islam seperti mana yang dinyatakan didalam hadis dan Al-Quran?

3)Apakah pula hukum bagi manusia yang Islam yang mengubah hukum Islam dan apa pula hukum bagi mereka yang melaksanakannya?

4)Bagi jabatan agama Islam yang melaksanakan hukum sebagai contoh ZINA dengan bayaran matawang tidakkah di kira sebagai mengubah sesuatu hukum? Dan sebagai mana jawapan tuan berkisar mengenai perkara sembahyang seperti diatas, tidakkah tuan tertakluk sebagai orang yang mengubah hukum dan tidak kah tuan termaktub sebagai mana orang yang murtad dan layak untuk dipancung jua? Atau adakah alasan lain yang menyokong pendirian tuan? Harap tuan memberi penjelasan kepada saya jika tidak disiarkan didalam web sekalipun mohon jasa baik tuan menjawab didalam email saya.


Jawapan :

1.
Hukum sumber rezeki bagi penjawat awam di dalam Kerajaan Malaysia adalah halal. Ini adalah kerana sumber kewangan yang diperolehi telah diasingkan kepada dua akaun iaitu sumber kewangan yang halal dan sumber kewangan yang tak halal. Sumber kewangan yang halal digunakan untuk membayar gaji pekerja manakala sumber kewanan yang tidak halal digunakan untuk kemaslahatan ummah seperti membina sekolah, hospital, jalanraya dan sebagainya.

2.
Hukum bagi kakitangan organisasi jabatan agama yang mengambil gaji/upah di dalam menyampaikan ajaran Islam adalah harus dengan syarat kakitangan tersebut perlu melaksanakan tanggungjawab setimpal dengan gaji/upah yang diperolehi.

3.
Orang-orang Islam yang mengubah hukum yang terdapat di dalam Al-Quran dan As Sunnah dianggap telah murtad begitu juga orang yang melaksanakan.

4.
Bagi Jabatan Agama menggantikan hukuman Jenayah Islam dengan bayaran matawang bukan disebabkan Jabatan Agama tidak mahu melaksanakan hukuman tersebut. Setiap tindakan atau hukuman yang hendak dijatuhkan perlu mengikut undang-undang yang diperuntukkan. Menjadi tanggungjawab pemerintah atasan untuk menggubal semula undang-undang yang sedia ada agar selaras dengan hukum Islam yang sebenar. Dalam hal ini kita patut bersyukur sekurang-kurangnya pemerintah atasan masih memperuntukkan hukuman bagi setiap kesalahan Jenayah Islam yang dilakukan walaupun hukuman yang dikenakan tidak setimpal. Sebagai umat Islam, apa yang boleh kita lakukan hanya berdoa mudah-mudahan dibukakan pintu hati umara' di negara ini agar dapat menerima pemerintah Islam yang sebenar.

petikan dari SINI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers