Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Tuesday, April 8, 2014

Soalan KPSL Undang-Undang Umum Tahun 1996


KPSL 1996
   1.          Encik Lim Ah Seng seorang warganegara Malaysia telah berkahwin dengan Susan Walter warganegara       Britain pada tahun 1991 dan perkahwinan mereka telah didaftarkan di bawah undang-undang Great            Britain. Beliau kembali ke Malaysia pada 1992 bersama isterinya dan menetap di Sabah. Dalam tahun          yang sama, beliau telah membuat permohonan bagi pihak isterinya untuk didaftarkan sebagai warganegara    Malaysia dengan mengemukakan sijil perkhawinan mereka yang didaftarkan di Great Britain. Beliau               bercadang untuk kembali keGreat Britain apabila permohonan kewarganegaraan isterinya diluluskan.             Walau bagaimanapun permohonan beliau telah ditolak oleh jabatan Pendaftaran Negara.
Nyatakan sebab-sebab permohonan kewaranegaraan ini telah ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Berikan alasan anda bagi setiap sebab penolakan tersebut.

    2.       Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai Kuasa Pemerintah bagi Persekutuan dan mengambil keutamaan mengatasi segala dalam persekutuan. Walau bagaimanapun baginda tidak dianggap sebagai orang yang bebas bertindak mengatasi undang-undang yang ada
Berdasarkan kepada peruntukan yang ada di bawah perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa yang di-Pertuan Agong, Huraikan kebenaran kenyataan di atas.


 5  (a)    Encik Hussin ialah seorang Penolong Pegawai Tadbir di Kementerian kerja Raya. Semasa memasuki perkhidmatan kerajaan, beliau  telah menamakan ayahnya sebagai waris yang berhak menerima wang KWSPnya. Beliau sekarang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Beliau bercadang untuk meminda waris yang berhak iaitu dengan menamakan isteri dan dua orang anaknya sebagai waris yang akan layak menerima wang KWSPnya.
Adakah perkara ini boleh dilakukan dan sekiranya boleh bagaimanakah caranya yang harus dilakukan oleh Encik Hussin?

 (b)        Encik Muthusamy seorang Pembantu Teknik di Jabatan Kerja Raya telah bersara wajib pada 15 Januari 1996. Semasa mebuat lawatan ke India dalam bulan Mac 1996 beliau telah meninggal dunia dan dikebumikan di India.

              Bagi maksud untuk menuntut wang KWSPnya, bagaimanakah warisnya perlu membuktikan kematian pegawai ini.


6 (a)       Encik Sukarno seorang warganegara Indonesia telah diambil bekerja sebagai buruh oleh Syarikat Tebu sdn bhd melalui permit kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan imigresen kepadanya.
Adakah Encik Sukarno boleh mencarum kepada KWSP dan kalau boleh bagaimanakah tindakan yang perlu diambil majikannya?

(b)        Encik Hashim mengusahakan perniagaan sendiri iaitu dengan membuka sebuah bengkel membaiki kereta dihadapan rumahnya. Beiau memperolehi pendapatan secara purata RM 3,000.00 sebulan.
Adakah Encik Hashim boleh mencarum kepada KWSP dan kalau boleh bagaimanakah caranya yang harus dilakukan oleh beliau?      

(b)        Puan Sarimah telah diambil bekerja oleh Dr.Hamzah sebagai pembantu rumah. Beliau telah dibayar gaji RM 500 sebulan.
Adakah Puan Sarimah boleh mencarum kepada KWSP dan kalau boleh bagaimanakah caranya yang harus dilakukan oleh beliau dan majikannya?


pstt** maaf ye alligment lari sikit..pandai2 la korang copy ke word dan edit sendiri..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...