Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Tuesday, April 29, 2014

Mengandung Boleh ke Naik Flight ~ Takut naik Flight

Semalam birthday MIL aku, 
aku tak tahu pun,Encik Suami pun tak ingat... Mujurla adik ipar aku sms Encik Suami 
"jangan lupa hari ni birthday mak"
saling ingat mengingati gitu kaedahnya...
Malamnye kitorang call MIL wish birthday ape semua, dan aku dah tentu2nya tak faham sepatah haram ape yang Encik Suami aku borak....
lepas ni kena ambik kelas belajar bahasa Sarawak
senang sikit nak menyampuk kan...

bulan 5 biasa MIL balik Sarawak...
Encik Suami aku tanya nak ikut tak...
ikut hati memang nak ikut
tapiiiiiiiiiii boleh ke aku ni naik flight????
dah 7 bulan macam  ni boleh lagi ke???
aku rasa lepas je kot kalau ada surat doktor.. tapi aku yg tak berani
aku dah google banyak jugak mommy2 yang travel naik flight sebenarnya

ni yang aku cilok dari blogger shakinafarhan


Air Asia
*Perempuan hamil dari awal kehamilan sehingga 27minggu (termasuk 27minggu) kena sign liability statement yang mana ada 3 copy, satu masa nak boarding, satu bagi dekat flight attendant & satu lagi copy kita pegang. Bila masa nak sign? Masa tengah check in @ masa tunggu nak boarding. Tapi kalau perut kecik, pakai plak seluar jeans, boleh la terlepas tanpa disoal atau kena sign apa-apa. hahaha.

*Perempuan hamil dari 28 minggu sehingga 34 minggu (termasuk 34minggu) kena bawak surat dari doktor yang menyatakan anda hamil berapa minggu & anda tiada complication serta boleh dibawak terbang ke mana-mana. Yang ni pun kena sign liability statement seperti di atas.

*Perempuan hamil dari 35minggu ke atas tidak dibenarkan menaiki flight. Tapi doktor Clarence yang check up kina sekarang cakap Air Asia 32 minggu dah tak boleh sebenarnya. Confuse part ni je la. Kalau ikut policy Air Asia sampai 34minggu boleh naik lagi.

Malaysia Airlines
*Tidak dibenarkan/tidak digalakkan untuk menaiki flight. 

  • Selepas 32 minggu bagi multiple pregnancy (kembar)
  • Selepas 35 minggu bagi penerbangan international.
  • Selepas 36 minggu bagi penerbangan domestik (dalam Malaysia).
  • 7 hari selepas bersalin

*tak pe lah..tunggu bulan 12 la Encik Suami....boleh jalan2 , skang nak jalan lama sikit dah mengah...

12 comments:

Rai Ourkizuna said...

alamak.. kena declare eh..? hahaha... adess.. bulan 5 ni kena travel kot..

husna yusof said...

yang una tau, kalau start 7 bulan mcm tu dah tak dibenarkan sangat, tp kalau ada surat doc boleh naik,, sbb kakak una pun nk fly bulan 8 ni and die pun dlm 7 bulan mcm tu,, sbb diorg takut terbersalin dlm flight kang jadi anak angkat flight nti,, dpt tiket free seumur hidup hehehehe.. :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak, rasanya takda masalah kalau awak berani nak naik. hehehee tapi better ada suray daripada doktor, kiranya awak buat check up dengan doktor dulu la..

aisyah kz said...

bestlah naik flight..teringin nak naik flight jugak :) hihi..

husna zahidi said...

mungkin diorang risau kesihatan ibu dan baby kot..so diorang ambek lgkah bjga2..

Nursaila Norman said...

saila even bru 5 bulan dah x selesa duduk dlm kereta wpun dlm KL..huhuhu! so request kat husband x blk raya lah ke kelantan thn ni..

sama lah sheyla, tggu bln 12 lah nak jln2 pun..hehe

cenetos said...

klaka srwk best kot...silalah blajar..sewonok..heee

Ain Eddihar said...

Assalamualaikum kak sheyla : huhu . . kalau kita pun seram sejuk je nak naik flight :3

Norhasniza Khalid said...

nice sharing dear.. :) panduan untuk para ibu yang hamil

Hafiza AizZawa said...

seelok-eloknya jangan.. sbb syarikat penerbangan pun tak kan bertanggungjwb kalau ada ape2 terjadikan.. baik kita elak..

Puan Kutu said...

boleh tpi macam lecelah pulak nak surat doktor bagai..klu boleh elak,baik elak..dah beranak nti nak jalan mana pun silakan ye tak.hehe

ain diyana said...

oh,, mcm tu ek.. sy pun br tau,, thanks for the info

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...