Tercampak sebelum diseret badan bas
IPOH: “Kejadian berlaku begitu pantas dan saya melihat beberapa penumpang tercampak keluar selain ada antara mereka diseret badan bas yang menggelongsor lebih 50 meter,” kata Monat Rahen, 19, antara saksi terawal kemalangan terburuk dalam sejarah negara yang mengorbankan 27 nyawa, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, 24 pelancong Thailand dan tiga rakyat tempatan terbunuh manakala 10 lagi parah apabila bas persiaran dua tingkat dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, berhampiran Kampung Juang, di sini.
Monat berkata, sebelum kejadian dia yang memandu Proton Satria bersama seorang di sebelahnya, melihat bas terbabit yang datang dari arah bertentangan meluru laju ketika muncul dari selekoh tajam di depannya.
Melihat keadaan itu, dia memperlahankan kenderaan kerana tidak sedap hati melihatkan keadaan badan bas dua tingkat itu yang tidak stabil dan senget seperti mahu terbalik.
“Firasat saya benar-benar berlaku apabila bas itu merempuh konkrit pembahagi jalan menyebabkan ia terbalik ke laluan bertentangan dan menggelongsor sebelum terhumban ke dalam longkang satu meter,” katanya.
Menurutnya, jarak kereta dipandunya dengan tempat bas itu terhumban ke dalam longkang kira-kira 50 meter.
“Tindakan saya memperlahankan kelajuan menyelamatkan nyawa saya dan rakan kerana jika tidak pasti kereta kami dihimpit bas itu kerana kenderaan kami berada di depan sekali ketika kejadian,” katanya.
Monat berkata, selepas memberhentikan kenderaannya, dia bersama rakan segera ke tempat kejadian dan hatinya sayu apabila melihat ramai penumpang bergelimpangan atas jalan.
“Sebahagian besar mereka parah dan sudah tidak bergerak, dipercayai sudah meninggal dunia. Saya mengangkat beberapa mangsa yang parah ke tepi jalan,” katanya.
Seorang lagi saksi yang menaiki bas henti-henti yang ketika itu berada tidak jauh di belakang kereta dinaiki Monat, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, berkata dia tidak berani membantu mangsa kerana begitu ngeri melihat keadaan beberapa penumpang terutama yang tercampak atas jalan dan diseret bas.
Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Damai, di sini, berkata dia menaiki bas itu bersama tiga rakannya untuk bercuti ke Cameron Highlands.
“Bas kami berhenti mengejut sebelum pemandu memberitahu berlaku kemalangan. Saya bersama rakan turun untuk menghulurkan bantuan selepas melihat dari jauh terdapat ramai orang bergelimpangan atas jalan.
“Bagaimanapun, saya membatalkan hasrat itu kerana terlalu takut melihat keadaan mangsa yang bergelimpangan dan tersepit dalam bas dalam keadaan mengerikan.
“Saya percaya kebanyakan mangsa sudah meninggal dunia selain kaki dan tangan mereka patah, malah kepala beberapa mangsa juga pecah dengan otak bertaburan atas jalan. Keadaan ketika itu begitu menyayat hati dan menakutkan,” katanya.
SUMBER: Metro

Semua orang pun dah sedia maklum kes yang berlaku semalam. kemalangan maut yang melibatkan BAS EKPRESS lagi. Memang tiap-tiap tahun kita dengar berita yang sama. Macam2 punca kita dengar, pemandu mengantuk la, brek tak makan la, jalan licin la, selekoh bahaya la.. bukit curam sangat la. Kenapa bila benda dah berlaku baru nak perasan laluan tu bahaya? kenapa sebelum ni tak ada usaha kaji balik jalan tu?? bila da banyak nyawa melayang kenapa baru nak kaji benda ni?? hoh seyes misz jadi takut bila nak naik bas balik kampung. Yes misz tau ajal maut di tangan Tuhan tapi bila dah selalu sangat benda ni jadi da macam fobia dengan bas. Tapi tu la misz pun tak banyak pilihan.
Misz sendiri pernah naik bas yang dipandu laju, Alhamdulillah tak ada pape, selamat sampai, tapi sikap pemandu tu sendiri macam tak amik peduli pun nyawa2 kat belakang tu. Lampu merah pun kadang2 driver bas ni main langgar je. Bukan misz aje, adik misz, kawan misz ..ramai la yang pernah naik bas yang dipandu laju. Menurut citer dorang la, driver bawak laju, suka potong kereta lain, macam2 la.Bila dapat saman boleh pulak driver tu koyak2 saman tu dan campak. Ni mukan cerita main2. Memang mengucap je la orang yang duduk dalam bas tu.
Bila benda ni jadi sape yang kita nak salahkan??? misz ase kita semua patut bertanggungjawab. Kementerian tertentu patut kaji balik kawasan2 tertentu, syarikat bas tu sendiri patut memeriksa samaada bas tersebut ok atau tak untuk perjalanan jauh, brek ape semua kena tengok, patut pilih pemandu yang betul2 layak, jangan main pilih aje. ni pendapat misz la...
Takziah pada keluarga mangsa, semoga kejadian seumpama ini tak berulang lagi :(
4 comments:
misz u suruh la jkr survey jalan mane yang teruk n perlu di baiki..huhuhu
dats my opinion..
i think oso la.. jkr kene figure out sal punca2 dan selesaikn msalah laluan2 bahaya ni..
ya Allah sedihnyaa!! besar sungguh amanah pemandu bas kan.
tanggung berapa byk nyawa dalam bas tu.berat betul kadang kadang keje mcm ni.
memang tanggung jwab besar sgt2..tapi kdg2 dorang bawak bas ikut suka hati..tapi nasib baik tak semua macam tu
Post a Comment