Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Wednesday, February 9, 2011

Desperate Housewives



Sape yang tak penah tengok ni angkat tangan....hahahhahahaa aku x nampak pun..kalo nak tau cerita ni aku tengok dari season 1 lagi...serius menipu.. aku nengok pun kadang2 aje..dulu mula2 cerita ni keluar aku ingat cerita lucah ke ape...erkkk???? apekah desperate2 ni...pas 2 suatu hari 2 tertengok.. cam best la plak..tapi aku x follow setiap episod die la...now da ade season baru..nengok review ni..


Dari sudut pandang yang unik, Mary Alice mampu melihat lebih banyak perkara yang berlaku di sekelilingnya sekarang berbanding semasa dia masih hidup. Dia akan berkongsi segala rahsia yang bersembunyi di sebalik pintu rumah jiran – jirannya yang tertutup itu di dalam musim ke 7 DESPERATE HOUSEWIVES yang akan disiarkan di 8TV!
Kehidupan sempurna pinggiran bandar di Wisteria Lane yang penuh dengan kemewahan, serta jiran tetangga yang saling berkerjasama akan berada di dalam huru – hara pada musim ini! Susan Delfino, Lynette Scavo, Bree Van de Kamp dan Gabrielle Solis, setiap seorang dari mereka akan berhadapan dengan cabaran serta masalah peribadi masing – masing.
Bermula daripada masalah harian kepada kesilapan tertukar bayi serta tidak ketinggalan juga kehadiran suri rumah yang baru berpindah di kawasan tersebut. Setiap episod musim ini penuh dengan misteri, drama, kejutan serta keriangan yang pasti membuat anda mahukannya lagi!

Setiap musim akan mendekatkan anda semua kepada penduduk kawasan tersebut di mana anda akan menyaksikan sendiri perpisahan, perkahwinan, kelahiran, keperitan dan keriangan yang berlaku didalam komuniti yang erat ini.
Musim ini, Susan dan Mike berhadapan dengan bebanan hidup apabila mereka mempunyai masaalah kewangan yang kritikal dan telah memaksa mereka meniggalkan Wisteria Lane. Selain itu kemunculan, Paige Scavo telah menambah lagi bilangan ahli di dalam keluarga Scavo. Kemurungan Tom dan jadual harian Lynette yang sibuk telah menyebabkan dia mengupah Susan sebagai pengasuh bayinya yang baru.
Sementara itu, Bree pula sukar untuk menyesuaikan dirinya keseorangan di dalam umurnya yang kini berada di pertengahan lima puluhan. Selepas bercerai dengan Orson, kini hatinya mula tertarik pada Keith Watson, seorang pekerja tukang yang mempunyai perbezaan umur dua puluh tahun darinya!
Gabrielle pula, sedang sibuk mencari anak kandungnya yang hilang kerana telah tertukar semasa bayi dan Juanita sebenarnya bukan anak kandung Gabrielle. Tetapi apakah yang akan terjadi pada Juanita jika dia berjumpa kembali dengan anak kandungnya? Mungkinkah dia akan mengenepikan Juanita?
Musim ini juga anda dapat menyaksikan kemunculan jiran baru ynag dilakonkan oleh Vanessa Williams, sebagai seorang suri rumah yang baru, dia akan memegang watak Renee Perry, rakan sekolah lama Lynette, yang pasti akan membuakkan lagi kehangatan di Wisteria Lane. Walaupun rakan lama yang sekolej dengan Lynette ini berpindah ke rumah di seberang jalan dengannya, Renee menyimpan rahsia sulit yang mampu untuk memusnahkan rumah tangga Lynette dan Tom. Apakah rahsia tersebut? Dengan pelbagai masaalah serta kesukaran yang timbul, drama di pinggiran bandar yang indah ini seakan tidak pernah berkesudahan.
“Semenjak disiarkan pada tahun 2004, DESPERATE HOUSEWIVES telah menerima pelbagai anugerah Emmy, Golden Globe dan Screen Actors Guild awards serta telah menarik perhatian jutaan penonton seluruh dunia.” Kata Cik Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.
Tambah Kim, “Di dalamnya terdapat adunan genre yang menarik seperti misteri, drama opera, serta terdapat juga komedi yang telah membezakan rancangan ini dengan yang lain. Saya yakin, sama seperti diri saya sendiri, penonton tidak dapat menahan untuk menyaksikan apakah yang akan terjadi pada musim ini!”
Banyak perkara yang tidak di duga akan berlaku di dalam musim baru ini! Kepulangan Paul Young pasti akan menghantaui kehidupan mereka. Renee mula menghabiskan banyak masa bersama Tom, manakala Susan pula mendapat pekerjaan baru yang banyak menuntut beliau aktif kesana kemari!
Mari ikuti Teri Hatcher, Felicity Huffman, Marcia Cross, Eva Longoria dan kini Vanessa Williams di mana mereka akan memegang watak suri rumah tangga yang sangat terdesak!
Untuk segala gosip hangat, drama dan aksi menarik, pastikan anda menonton 22 episod DESPERATE HOUSEWIVES musim ke 7, yang akan mula di tayangkan pada 15 Februari 2011, pada jam 10.30pm secara eksklusif hanya saluran percuma di 8TV.
8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 di Astro. Anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!


sumber:sensasi selebriti

4 comments:

tiefazatie said...

sis..ifa dh email sis tau..
xtau la sis dpt ke x nie..

tq n3 pun dh buat utk sis..=)

tiefazatie said...

nie n3 tq yg ifa buat..
after tau result..

http://tiefazatie.blogspot.com/2011/02/lucky-on-creative-entrynumber-62see.html

=)

misz sheyla said...

@teifizatie~ thanks lor dear... :)

shahjiehan said...

cite ni sj x minat~ heheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...