CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Wednesday, February 23, 2011

Adab bertunang

ADAB BERTUNANG


Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.

Walaubagaimanapun disana terdapat tatasusila atau batas- batas terhadap perhubungan ini ,yang di katakan sebagai adab - adab bertunangan (ianya melibatkan kedua- dua belah pihak samada lelaki atau perempuan)

Adapun adab-adab semasa bertunangan bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian :

1.Adab dalam bergaul

maksud pergaulan disini ialah pertemuan ,perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing .

1 . Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh muhram (si perempuan ).seboleh -bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan

2 . Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah : Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.

3 . perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.

4 . Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.

5 . Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.

#kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah ,syak wasangka atau boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat maka ianya tidak diharuskan .



2. Tempoh pertunangan

Pada hakikatnya islam menggalakan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakakn daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara- perkara yang tidak didugai dan ulamak sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata-rata ereka lebih cenderung untuk memendekan tempoh. Dsini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:

1 . Dalam tempoh pertungan yang lama , dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa putusnya hubungan pertungan dan kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada pasngan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa padah pasanga itu sendiri.

2 . Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya

3 . Di bimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadaka pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat dimani oleh Muhram.

4 . Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja.

5 . Dan banyak lagi yang mungki saudari boleh fikirkan sendiri.









--------------------------------------------------------------------------------

fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian kita akan dibenci, tapi sekiranya kita fikirkan kasih sayang kita akan dikasihi.

4 comments:

SaYraH WonDerLanD said...

ehem cerita pasal bertunang plak. Tadi sorang blogger cerita pasal kawen. Ehem tiba2 girang rasa nk tunang nk kawen lepas habis belajar. hehehe

btw thx utk info ni. Kadang2 org salah guna tunang ni. Mereka gunakan tunang sebagai 'tiket' utk keluar berdua-duaan ..

(belagak suci plak cik Sarah nie kan)

ehem leh keluar berdua-dua tp dengan batasan yg btl.

Nurul Afifah said...

btol3..mmg btol.!

ArMie said...

akk dulu tunang setahun sbb nak kumpul duit. klau dah ada duit, tak yah tunang terus nikah jer....

scha_imal87 said...

ntah..pg tunang..tgari nikak..kah3..
kamu d tag
http://schaikmal.blogspot.com/2011/02/doodals-dialogue-contest.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...