wanita kaum yang lemah, lelaki bertanggungjawab melindungi...kalau dulu kita tak pernah dengar kes tumbuk bini, kes kencing isteri, kes belasah isteri mengandung...tapi sekarang kes-kes macam ni dah jadi macam kes kecik pulak..hari-hari dengar, macam kes si abu curi basikal . serius kadang-kadang aku terfikir mana letak perasaan tu????mane pergi perasaan sayang pada isteri macam masa mula-mula kahwin dulu???kemana pergi peri kemanusiaan? yess...aku perlu tahu benda-benda ni...sebab aku perempuan ..
kalau dulu lelaki Melayu penuh dengan sopannya, penuh dengan gentlemen nye..penuh dengan rasa tanggungjawab tapi sekarang, yup...aku rasa perubahan pada lelaki seiring dengan perubahan yang terjadi pada perempuan, tapi sepatutnya kaum adam ni kena memimpin, kena bertolak ansur, ajar kalau salah...bukan ke orang kata suami nakhoda kapal??? aku tak rasa itu masih sesuai digunakan pada zaman sekarang....bilamana aku nampak lelaki tak bertanggungjawab lebih ramai daripada lelaki yang betul2 memegang amanah....
ingat lah wahai kaum adam..sesungguhnya anak dan isteri itu adalah tanggungjawab dan amanah kamu, tahukah kamu bahawa amanah itu adalah sesuatu benda yang sangat berat.....???jangan bila kamu dah bosan dengan anak dan isteri maka kamu tinggalkan mereka....
psstt** Aku jadi takut bila baca kes2 ni... :( semoga Allah melindungi
1 comment:
amin~ :)
Post a Comment