Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Sunday, May 29, 2011

Dengkur Bawa Penyakit

kebanyakan orang menganggap berdengkur adalah perkara biasa, namun ia sebenarnya boleh mendatangkan kesan negetif kepada kehidupan dan kesihatan sesaorang. kesan paling cepat dan jelas ialah letih dan mengantuk pada waktu siang.
Dengkuran adalah bunyi yang terhasil apabila saluran pernafasan tersekat ketika tidur. jika sesaorang berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika.

Faktor Berdengkur

1. Bentuk mulut iaitu samaada lelangit lembut terlalu rendah, uvula panjang, lidah terlalu besar atau tonsil bersaiz besar - semuanya boleh menghalang saluran udara.
2. kegemukan juga menyebabkan saiz empat bahagian berkenaan bertambah dan mengakibatkan dengkuran bertambah teruk
3. terlalu letih
4. minum banyak minuman keras sebelum tidur
5. masalah saluran pernafasan
6. mengalami masalah apnea tidur

Gejala Apnea

1. rasa sangat mengantuk pada waktu siang
2. dengkuran terganggu
3. insiden tercekik di tengah malam ketika tidur kerana tidak cukup oksigen dalam badan.
4. tidur tidak lena
5. Nokturia (kerap kencing tengah malam)
6. tidak boleh menumpukan fikiran
7. mengalami masalah daya ingatan
8. kemurungan
9. mudah terganggu
10. keinginan seksual menurun
11. Apnea juga boleh manggangu kualiti tidur dan hidup pasangan kerana mereka kerap terjaga akibat dengkuran kuat.

Atasi Dengkur

1. ubah gaya hidup dan kurangkan berat badan
2. elak minuman beralkohol, mengandungi kafein dan merokok sebelum tidur.
3. ubah posisi ketika tidur
4. jangan bersenam sebelum tidur
5. elak keadaan yang membuatkan anda terhutang tidur
6. titikberatkan kebersihan persekitaran sebelum tidur
7. gunakan pelekap khas pada hidung
8. gunakan semburan hidung
9. JANGAN ambil pil tidur

Kini ada kaedah lain boleh digunakan untik membantu mengatasi masalah berdengkur iaitu implan Pillar yang ditanam pada lelangit lembut.

4 comments:

NUR AYNIE said...

wah~ baru tau..information yg terbaekkk

Anonymous said...

sharre kat fb link nie... :)

Cik Puan iLa said...

entri yg bagus.. :)

NM02 said...

singgah sini dan terus follow. jom serang balas... *__*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers