Ada dua orang sahabat yang sangat baik dan rapat ,satu berasal dari China dan satu lagi daripada Arab.Mereka berdua mempunyai bisnes dan hampir bankrup.Mereka berbincang dan bersepakat untuk mem buka perniagaan lain dan membuka kedai bersebelahan.
Perniagaan mereka mendapat sambutan dan perasaan iri hatu mulai menguasai mereka.Si shensei memberikan potongan kepada sesiapa yang membeli ubat di kedainya dan si tabib Arab pula akan memulang duit 3 kali ganda kepada pesakit yang gagal sembuh.Maka ramailah orang mengunjungi kedai si tabib Arab dan si shensei merasa iri hati.
Dia pun membuat rancangan dengan menyamar sebagai pesakit kerana dia akan berpura-pura sakit dan berpura-pura tidak sembuh supaya dapat menuntut duit tiga kali ganda.Dia pun berkunjung kekedai si tabib Arab,"haiyaa gua rasa gua mati laa ..sebab gua makan telan saja tak dapat rasa apa-apa...lu boleh tolong kaa,?
"Boleh nanti ana kasi ubatlah".Dia pun memanggil pembantunya "Hassan bawak ana ubat no 10 lah ,ana mau kasi ini pesakit lah," .Hasan pun mengulurkan ubat dan si tabib pun menyuruh si shensei memakan ubat tadi."haiyaaa ini bukan ubat ini tahi ayam maa,lu banyak jahat kasi gua tahi ayam." Si tabib itu pun berkata"Ente sudah baik lah sudah boleh rasa itu memang tahi ayam".
Si shensei merasa kecewa dan pulang dengan hampa.
Keesokkan hari nya dia pun datang lagi dan menyamar sebagai pesakit lain."Lu boleh tolong sama gua kaa ,gua sudah tak ingat apa-apa, rasa mau mati lah,'tanya si shensei tadi."Boleh ,Hasaan ente bawak itu ubat no 10 semalam ,ana mau kasi ini orang tua sembuh lah,"Si tabib memanggil pembantunya."Gua tak mau itu ubat no 10 itu ubat tahi ayam,manyak pahit loo." si tabib itu berkata....
"ITU MACAM ENTE SUDAH SEMBUH,"
2 comments:
jgn simpan prasaan iri hati, kelak mkn diri... :)
iri hati dan tamak memang penyakit hati
Post a Comment