Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Sunday, May 22, 2011

Kiamat Lambat lagi la...Rileks r dulu

Kita semua tahu yang tak ade sape pun yang tahu bila hari kiamat...sekarang ni aku baca kat forum kat blog2 ade aje yang cakap kiamat akan berlaku pada tarikh sekian-sekian.... gile r... ade ckp 11 mei 2012 la... 13 mei 2012 la....ade ckp 2035 la...

korang pun tahu tanda kiamat ada dua iaitu 

1. Tanda-tanda kecil (alamat sughra).

. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai
5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”-Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
- Sahih Muslim
Wahai saudara-saudaraku, marilah berfikir sejenak… yang mana sudah ada petanda pada hari ini? Ya Rabbi, ampunilah mereka yang beriman denganMu, moga hambamu ini bukan dikalangan manusia yang dimurkai.
2. Tanda-tanda besar (alamat kubra).

HUDZAIFAH BIN AS-YAD AL-GHIFARY berkata,
Sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan."
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari kiamat."

Sabda RASULULLAH S.A.W.
"SESUNGGUHNYA KIAMAT ITU TIDAK AKAN TERJADI SEBELUM KAMU MELIHAT SEPULUH TANDA :-

1) ASAP
2) DAJJAL
3) BINATANG MELATA DI BUMI
4) TERBITNYA MATAHARI SEBELAH BARAT
5) TURUNNYA NABI ISA A.S
6) KELUARNYA YAKJUJ DAN MAKJUJ
7) GERHANA DI TIMUR
8) GERHANA DI BARAT
9) GERHANA DI JAZIRAH ARAB
10) KELUARNYA API DARI KOTA YAMAN

* sesungguhnya tanda-tanda kecil telah banyak yang kita sendiri saksikan... abis takkan nak rileks lagi?? oleh itu kawan2 semua marilah kita memperbanyakkan amal ibadat, kurang bercakap, banyak berzikir... semoga kita jadi lebih baik dari hari ini....amin


** Tanda-tanda kiamat ini di ambil dari http://attazkirah.wordpress.com/2008/08/24/tanda-tanda-kecil-kiamat/ dan google.... jika ada salah dan silap harap ditegur

1 comment:

dudu dhiyA said...

ade lagi~
bina bagunan yg lagi tinggi dripada kaabah tanda2 nk kiamat.. contoh nye.. kLcc, burj dubai, kat america tu hah.. tambah2 la lagi dgn menara jam kat mekah tu.. ngEeee~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers