Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Thursday, December 1, 2011

Kunyit Bantu Halang Kanser



Sebuah kajian mendapati bahawa kunyit atau rempah-rempah yang biasa digunakan untuk menambah rasa serta warna makanan dapat memberikan kesan kemopreventif yang signifikan terhadap kanser hati.
Di dalam kajian tersebut,berlakunya halangan proliferasi sel dan stimulasi apoptosis apabila kunyit diberikan kepada tikus makmal dengan diethylnitrosamine ( DEN ) yang dikenal pasti menyebabkan kanser hati. Karsinoma hepatoseluler ( HCC ) atau kanser hati adalah kanser kelima yang paling umum serta menjadi antara tiga penyebab utama kematian kanser di dunia.
Sebelum itu,beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kunyit mengandungi zat anti-oksida,anti-kanser dan anti-inflamasi. Kumpulan penyelidik diberikan kunyit kepada haiwan kajian dengan dos 75mg/kg , 150 mg/kg , dan 300 mg/kg setiap hari selama dua minggu setelah suntikan DEN dan kemudian dilanjutkan selama 22 minggu.
Hasilnya menunjukkan kunyit secara signifikan mengurangi jumlah dan kejadian pembengkakan hati. Pada haiwan yang menerima dos tertinggi pula,berlaku halangan pembengkakan hati secara signifikan.

1 comment:

NUR AYNIE said...

nk telan kunyit la pasnie..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers