Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, December 23, 2011

Tulisan Mencerminkan Peribadi


ni yang aku dengar masa ikut kursus dengan dr Haji Fadzilah Kamsah hari tu.. tapi ingin di ingatkan bahawa banyak faktor yang mempengaruhi peribadi kita dan tulisan adalah salah satunya.. meh kite same2 cek...

Tekanan Ketika Menulis
Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas - Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas - Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Bentuk Tulisan
Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat - Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper.
Tulisan yang angular dan sharp - Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyakmemakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Kecondongan Tulisan
Condong ke kanan
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

Condong ke kiri
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

Tegak
Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Kerapatan Tulisan
Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

Rapat-rapat.
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Corak Tulisan Pada huruf J, G, Y, Z
Ada ekor, Besar, panjang dan sempurna - Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

Kecil, pendek dan tak sempurna - Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Pada palang huruf kecil T (t)

Tinggi
Tahap aspirasi tinggi

Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


Jadi, dengan adanya petua dan tips ini, dapatlah kita menilai diri kita dan cuba perbaiki mana yang boleh. Dikatakan corak tulisan juga akan berubah apabila sikap kita berubah.

Petua Dari Dr. Fadzillah Kamsah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers