Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Thursday, November 19, 2015

Petua segarkan sayur layu


Alkisahnye kite sebagai suri rumah ni kalau pergi pasar tu kompem capai 2 3 jenis sayur
tapi sebab Encik suami tak makan sangat sayur2 ni jadikan jarang la aku masak sayur...
kadang2 sampai layu di tasik madu je sayur2 tu...last2 buang, sbb nak masak pun dah layu sangat...
baru2 ni tengok 391 reality show Korea tak ingat tajuk ape
dia bagi petua nak segarkan sayur

gambar ihsan google

cara dia
petua air suam
rendam sayur layu tu dalam air suam dan nanti sayur akan segar semula....
aku dah try serius segar balik....
bawang besar
lagi satu petua simpan sayur bersama bawang besar
insyaallah sayur lambat layu
yang ni belum cuba lagi...

kalau korang2 try dan berjaya nanti bagitau la...hehe
korang pulak ade tak ape2 petua...kalau ade boleh share2....


Tuesday, August 25, 2015

Petua Anak Selsema


Rasanya kalau dah nama anak kecik tu , memang tak dapat lari la dari selsema ni..
biasa tiap kali selsema aku akan cuba avoid bagi ubat selsema
pasal aku ingat somebody pernah pesan
anak bawah umur 2 tahun kalau boleh elakkan bagi ubat selsema..
tapi kadang2 tu terpaksa bagi jugak

setakat ni kalau Phea selsema aku try petua ni

tadaaaa....tengok tangan sape sibuk melenyek bawang putih tu...


Minyak Bawang Putih
  • Bakar 2-3 ulas bawang putih (tak payah buang kulit)
  • Letak atas api 3-4 minit
  • Kemudian, lenyekkan bawang tadi
  • Letak minyak (boleh guna apa jua jenis)
  • Dan gaul rata

Lepas tu sapulah pada dada, belakang dan tapak kaki. lepas sapu tapak kaki tu aku pakaikan stokin

Thursday, March 27, 2014

Petua cuci kerang


oleh kerana tiap2 minggu aku kena bebel ngan nurse pasal HB tak naik2, makanya minggu ni encik suami belikan aku kerang untuk naikkan HB, 
aku memang suka sangat makan kerang
tapi masalahnye aku tak reti cuci kerang tu
kalau kat kampung senang
gadjet keliling rumah
biasa mak aku ambil pelepah pisang tu..lepas tu kite henyak2 sampai bersih...
kat sini mana aku nak cekau pelepah pisang
ini pelepah pisang kot la korang tak kenal..

nasib baik kat rumah ade benda ni
gambar gugel ye....

benda ni MIL yang bagi, tiap kali MIL balik sarawak mesti aku kirim suruh bawak balik..
gigih la aku nyental sekor2 kerang tu...
sampai sakit pinggang aku...

eh...sebenarnya aku nk share petua cuci kerang...
dah kenapa panjang sangat intro nye

tadi aku gugel, terjumpe satu petua kat blog sahabat ni
Kerang
kadang-kala ada ibu-ibu yang berdepan dengan masalah sewaktu mencuci kerang. Ini kerana kerang sukar dibersihkan kerana berpasir. Bagaimanapun ada petua untuk membersihkannya. Sangat mudah.

Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan hingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan tos. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih. Selamat mencuba! 

ambik la ha....simple sangat 

SURIA AMANDA iols curi petua dari blog awak...



Friday, December 23, 2011

Tulisan Mencerminkan Peribadi


ni yang aku dengar masa ikut kursus dengan dr Haji Fadzilah Kamsah hari tu.. tapi ingin di ingatkan bahawa banyak faktor yang mempengaruhi peribadi kita dan tulisan adalah salah satunya.. meh kite same2 cek...

Tekanan Ketika Menulis
Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas - Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas - Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Bentuk Tulisan
Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat - Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper.
Tulisan yang angular dan sharp - Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyakmemakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Kecondongan Tulisan
Condong ke kanan
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

Condong ke kiri
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

Tegak
Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Kerapatan Tulisan
Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

Rapat-rapat.
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Corak Tulisan Pada huruf J, G, Y, Z
Ada ekor, Besar, panjang dan sempurna - Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

Kecil, pendek dan tak sempurna - Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Pada palang huruf kecil T (t)

Tinggi
Tahap aspirasi tinggi

Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


Jadi, dengan adanya petua dan tips ini, dapatlah kita menilai diri kita dan cuba perbaiki mana yang boleh. Dikatakan corak tulisan juga akan berubah apabila sikap kita berubah.

Petua Dari Dr. Fadzillah Kamsah

Thursday, December 15, 2011

Petua Hilangkan Jerawat


Jerawat penuh di muka????
bosan dengan kehadiran jerawat??
jerawat mencacatkan penampilan??
jangan risau saya ada penyelesaiannya...guna lah harpic ianya membasmi 99% kuman di toilet...
bhahahhahhahahaaa

ok time to get seriyesss
sumber gambar encik gugel

sape tak bosan kan jerawat 24 jam bertempek aje kat muka...macam aku ni hah da berape tahun tak merasa muka flawless bak ...bak...bak ape ea biasa orang guna.. kulit telur ke ape?? kulit telur pun macam x licin sangat.... ahhhh abaikan...sambung balik

pada gegurl and boboy yang ada masalah ni semua jangan risau meh kita cuba petua ni pulak....

ambil putih telur.
 Kemudian campurkan dengan satu sudu madu dan dua ulas bawang putih yang telah ditumbuk. 
Kemudian sapukan pada muka. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas atau dibasuh muka

Buatlah setiap hari untuk hasil yang lebih baik.

aku belum cuba... malam nanti baru nak cuba.. 

" scha malam ni kite bukak spa Q kite balik okeyh" 
tapi madu tadek..xpe2 jgn risau ... guna ape yang ada

Monday, October 31, 2011

Tips untuk mengecilkan perut buncit!

Assalamualaikum semua.....wah.....semua...bajet macam ramai aje yang bace blog ko kan...alaaa..lebih pada dua tu aku assume dah ramai la kan...*sentap* ke tidak??????meh aku bagi hujah sokong statement aku tu... kalo bahase omputes pun, kalo satu tade 's' kalo lebih dari satu ade 's'...faham tak??faham tak?? ade faham tak ape yang cuba aku sampaikan????? okeh macam ni..kalo satu pencil orang sebut "pencil" tapi kalo lebih dari satu pensel orang putess kate "pencilssss" ye anak2...haaaaaaa kauuu.... nampak tak ??? haram jadah, contoh pun tak betul...eh asal panjang sangat introduction aku?? bukan ke aku sepatutnya cerita pasal perut buncit???? 

T__T baiklah saya cuma tak ade idea

baiklah kita cerita pasal perut buncit pulak... sape yang nak suka dengan perut buncit kan??? baik perempuan , baik lelaki... *terkecuali bagi yang mengandung .. so aku ade cara bagi korang nak kempiskan perut... tapi dengan syarat
**lakukan secara konsisten
**disiplin yang tinggi
**lakukan setiap pagi tanpa GAGAL


caranya ialah

~Lakukan setiap pagi..

Berdiri tegak....tundukkan kepala, tatapan mata ke perut .. Bongkokkan badan..Buka baju, Lalu tampar perut byk kali, sambil mengucapkan :"Bikin Malu.. Bikin Malu..Bikin Malu... Bikin MALUUUUU AJA!!!!!

jangan marah aku daa....marah pada forum cg....kihkihkih..aku dapt kat situ

Sunday, June 12, 2011

Petua KUpas Bawang Mata tak pedih


korang selalu kan potong-potong bawang je terus ase tacing2 sambil meleleh air mata kan.... potong sebiji dah tacing2 , kalau potong berbiji2 makna nya lagi tacing, tacing, tacing la kan???  jangan risau aku ade petua potong bawang tanpa melibatkan hati dan perasaan tacing dan lelehan air mata lagi...petua ni aku dapat dari kenduri - kendara tau...makcik2 ni kalau nk kupas bawang banyak2 dorang akan cucuk sebiji bawang kat hujung pisau cenggini... then boleh teruskan potong bawang tersebut sambil reduce kadar kepedihan mata yang di alami...hahhahaa... tu aje....

till then 
selamat memasak semua

pstt ** buat entry ni pasal FL kate mata die selalu pedih kalo potong bawang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers