Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Thursday, March 27, 2014

Petua cuci kerang


oleh kerana tiap2 minggu aku kena bebel ngan nurse pasal HB tak naik2, makanya minggu ni encik suami belikan aku kerang untuk naikkan HB, 
aku memang suka sangat makan kerang
tapi masalahnye aku tak reti cuci kerang tu
kalau kat kampung senang
gadjet keliling rumah
biasa mak aku ambil pelepah pisang tu..lepas tu kite henyak2 sampai bersih...
kat sini mana aku nak cekau pelepah pisang
ini pelepah pisang kot la korang tak kenal..

nasib baik kat rumah ade benda ni
gambar gugel ye....

benda ni MIL yang bagi, tiap kali MIL balik sarawak mesti aku kirim suruh bawak balik..
gigih la aku nyental sekor2 kerang tu...
sampai sakit pinggang aku...

eh...sebenarnya aku nk share petua cuci kerang...
dah kenapa panjang sangat intro nye

tadi aku gugel, terjumpe satu petua kat blog sahabat ni
Kerang
kadang-kala ada ibu-ibu yang berdepan dengan masalah sewaktu mencuci kerang. Ini kerana kerang sukar dibersihkan kerana berpasir. Bagaimanapun ada petua untuk membersihkannya. Sangat mudah.

Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan hingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan tos. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih. Selamat mencuba! 

ambik la ha....simple sangat 

SURIA AMANDA iols curi petua dari blog awak...



5 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. wahh camtu ya. baiklah, pasni boleh beli kerang .. hihi

OKje said...

OKje pun suka gak kerang tap mcm yg awak cakap tu malas nak bersihkan yek hehe...Dah dapat petua ni nampaknya bolehlah beli kerang sepikul haha

Unknown said...

mak saya berus ngan berus sabut.. tapi berus cantik la..bukan yg buat berus bilik air tu..haha..

Bunda_nora said...

Bunda jarang makan kerang...kalau rasa nak makan bunda beli jer yang siap masak...
Jarang beli kerang dan jarang cuci kerang...
Bunda guna berus sabut jer..berus satu2...bilas 2 3 kali pastu tos.....siap..

Unknown said...

@sheila~wasalam..beli jgn x beli..dah tau cara cuci die kan

@hainom~ tu la pasal..suke makan tpi x reti basuh

@rai ~ hahaha klau berus sabut kt bilik air tu, mak pun x lalu nak masak

@bunda~tu la...berus satu2 tu yg leceh bunda..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers