Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Sunday, March 30, 2014

RESEPI PUDING TRIFFLE SIMPLE


Dengan bangganya kali ni buat triffle tak rujuk resepi google…
Kalau tak gigih la aku mengoogle
Kat dalam kedai runcit tiba-tiba encik suami request nak triffle…
Terus ambik bahan-bahan nak buat trifle, amek mana yang ingat

Bahan-bahan 
roll cake
susu sejat (yang cair tu)
jeli
tepung custard 
gula
dengan buah dalam tin

bahan A
potong swiss roll dan susun dalam bekas
lepas susun aku percik2kan air buah dalam tin tu, jangan banyak sangat nanti kek jadi benyek


bahan B
3 sudu Tepung custard (resepi biasa 2 sudu je)
1 tin susu cair
1 tin air 
2 sudu gula pasir

cara masak custard
campur semua bahan dalam periuk dan kacau bagi tepung custard tu larut kemudian baru nyalakan api dapur dah terus kacau sampai custard jadi pekat dan berkilat.. (guna api perlahan). bila dah pekat tutup api dan kacau perlahan -lahan . bila custard dah suam2 sikit baru tuang atas swiss roll.. lepas tu susun buah/cocktail yang dalam tin tu... guna buah je tau, air die jangan guna


maaf custard aku berkedut2
buah tu encik suami susun sebab tu tak berseni..kehkehkeh

Bahan C
bancuh jelly crystall ikut arahan dekat kotak die aje...senang je
lepas jelly mendidih tutup api, kacau perlahan2...
sampai dah suam2 kuku boleh tuang atas custard tadi....
jangan tunggu lama sangat , takut jelly mengeras dalam periuk, aku selalu dah masak terus tuang, sampai hancur2 la custard aku..
lepas tuang jadi cenggini


bila jelly dah sejuk baru masuk dalam peti sejuk
dah sejuk boleh la ngap....
sedap makan time panas2 gini
aku biase taruk aiskrim kalau nak makan..
perghhhh sedap

pstt** kerja laki aku la tu dok tambh buah atas jelly T__T







2 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. wahh sedap. tapi sheila dah buat pun. kurang sket kat tekak. hehhe sebab puding ni macam lembik2 gitu. hehehe singgah menabung ford sini~~~

Rai Ourkizuna said...

sedapnyaaaa..lagi sedap kalau ada orang buatkan kan..haha..

part melapis lapis ni memang tak berapa nak rajin T_T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...