Dengan bangganya kali ni buat triffle tak
rujuk resepi google…
Kalau tak gigih la aku mengoogle
Kat dalam kedai runcit tiba-tiba encik
suami request nak triffle…
Terus ambik bahan-bahan nak buat trifle,
amek mana yang ingat
Bahan-bahan
roll cake
susu sejat (yang cair tu)
jeli
tepung custard
gula
dengan buah dalam tin
bahan A
potong swiss roll dan susun dalam bekas
lepas susun aku percik2kan air buah dalam tin tu, jangan banyak sangat nanti kek jadi benyek
bahan B
3 sudu Tepung custard (resepi biasa 2 sudu je)
1 tin susu cair
1 tin air
2 sudu gula pasir
maaf custard aku berkedut2
buah tu encik suami susun sebab tu tak berseni..kehkehkeh
Bahan C
bancuh jelly crystall ikut arahan dekat kotak die aje...senang je
lepas jelly mendidih tutup api, kacau perlahan2...
sampai dah suam2 kuku boleh tuang atas custard tadi....
jangan tunggu lama sangat , takut jelly mengeras dalam periuk, aku selalu dah masak terus tuang, sampai hancur2 la custard aku..
lepas tuang jadi cenggini
bila jelly dah sejuk baru masuk dalam peti sejuk
dah sejuk boleh la ngap....
sedap makan time panas2 gini
aku biase taruk aiskrim kalau nak makan..
perghhhh sedap
pstt** kerja laki aku la tu dok tambh buah atas jelly T__T
2 comments:
Assalamualaikum. wahh sedap. tapi sheila dah buat pun. kurang sket kat tekak. hehhe sebab puding ni macam lembik2 gitu. hehehe singgah menabung ford sini~~~
sedapnyaaaa..lagi sedap kalau ada orang buatkan kan..haha..
part melapis lapis ni memang tak berapa nak rajin T_T
Post a Comment