Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Monday, March 3, 2014

20 Weeks & MGTT



Hari jumaat baru ni, kena minum air gula…
Kat klinik Dengkil…
Jauh oooo, walaupun Klinik kesihatan lain Cuma sekangkang kera dari rumah, tapi sebab sebab alamat aku dah termasuk  area sepang terpaksa la ke dengkil…
Sebelum minum air gula aku dah Tanya siap2 dekat Nurse  kalau minum dekat klinik swasta tak pe ke?
Nurse kate ok..tapi kite Cuma terima az-zahrah dengan an-nur sebab prosedur dia lebih kurang….
sebab tak boleh ke Dengkil
kereta skang pakai kereta lama ayah mertua aku..sebab kereta kitorang encik suami bagi ayah mertua pinjam kejap..makanya laki aku tak confident bawak kereta tu jauh2

Aku pun gigih la mengoogle ….siap call az-zahrah lagi sebab baca review orang air gula kat situ sedap
Perisa blackcurrant….

Malam aku start puasa dari pukul 10.00
Lepas tu dah tak makan or minum walau setitik air pun…
Pagi esoknya dah la terlewat bangun, baju tak iron lagi…pung pang pung pang pukul 9 baru gerak dari rumah….

Sampai az-zahrah daftar dulu kat kaunter terus ke wad tingkat 2 untuk buat ujian MGTT…
Sampai situ, nurse ambil darah aku dulu…lepas tu minum air gula…
Diorang bagi mug siap bertutup lagi kat aku….
Aku dengan harapan dapat air blackcurrent terpaksa telan air liur bila bukak penutup mug tersebut….
Air gula pure ok…pure….
Hoihhh mane perisa blackcurrentnye??????
Aku pandang encik suami….encik suami sengih2 suh minum….
Aku pun minum la dengan perasaan redha dan pasrah…
Hancur harapan nak minum air blackcurrent….angan-angan aku nanti dpat air blackcurrent aku nak ambil gambar lepas tu upload facebook tag dekat kawan2 ….pasal diorang minum air gula pure…aku punye perisa blackcurrent…tapi haram….aku pun minum air gula pure….
Lepas minum sampai habis kepala dah start lalok sikit…. Aku memang tak suka manis2 sangat…pening…

Nurse suruh datang balik dalam masa 2 jam….
Lepas tu terus ikut encik suami setelkan hal die… g bank… g tempat keje die jap….
Alhamdulillah aku Berjaya untuk tidak muntah….
Ngam-ngam 2 jam lepas tu aku dah tercongok depan wad kat dalam az-zahrah
Nurse datang ambik darah…
Alhamdulillah darah ok… xde kencing manis…kihkihkih..Alhamdulillah..
Terus siap2 balik….kepala aku betul2 pening
Sampai rumah makan2 terus padam….
Bangun2 dah pukul 3 lebih…alamak…patutnye kena masuk office….
aku terpaksa pasrah bila tak sempat masuk office...
hihi sejak pregnant ni, el,cuti mc, dan halfday sudah menjadi kebiasaan.....


orang2 yang tak pakai panel macam aku ni, aku kena bayar RM 30.00 untuk minum air gula..

1 comment:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. hahaha sheila pun kena minum air gula pure punya.. biasalah KK kan. heheh next week kena minum air gula yang kedua pulak. tensi la nak rasa air gula tu. sheila pun jenis tak suka benda2 manis ni. adehhh Y_____Y

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers