
Pengskodeng terhebat
Great deal yawww
Showing posts with label pregnancy diary. Show all posts
Showing posts with label pregnancy diary. Show all posts
Thursday, February 4, 2016
2nd Pregnancy - 20 Weeks Ujian MGTT Az-Zahrah

Monday, December 14, 2015
Alhamdulillah melepasi trimester yang pertama

Monday, March 9, 2015
Untuk tambah susu badan

X Files:
mommy to be,
Nursing Mommy,
parenting,
pregnancy diary
Tuesday, July 15, 2014
Resepi Berpantang # Daging

RESIPI SEMASA PANTANG – DAGING
DAGING BAKAR
Panggang Daging
Bahannya:
300 gm daging lembut/ batang pinang
Garam (secukup rasa)
Minyak
Caranya:
Hiris daging mengikut urat
Gaulkan daging dengan garam
Panggang sehingga masak.
Renjiskan minyak sekali sekala supaya daging tidak melekat
pada pemanggang.
Air Asam
Bahannya:
4 keping asam gelugor
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Garam (secukup rasa)
Sedikit hirisan bawang kecil
Caranya:
Gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya.
DAGING HALIA
Bahannya:
300 gm daging (dihiris)
(seeloknya guna bahagian daging yang tak berlemak atau boleh
ganti dengan hati ayam jika suka)
1 1/2 inci halia (dihiris)
1 inci kunyit (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sb sos lada hitam-pilihan
1/3 labu bawang besar-potong
garam, minyak
Caranya:
Rebus daging dlm kuali...jgn tambah air. utk cepat empukkan
daging biarkan air daging kering dulu.
bila kering masukkan sikit2 air hingga daging empuk. biarkan
air kering.
Tuangkan minyak, kacau daging rata2.
masukkan kicap, sos lada hitam dan lada hitam. kacau rata.
Masukkan bahan2 lain yg dipotong dan bawang serta garam.
goreng sampai bawang besar layu.
siap utk dimakan.
DAGING GORENG LADA HITAM (Marinated)
Bahan-bahanya:
Daging dihiris halus
1 biji bawang besar – di hiris bulat
Bahan Perap
Lada hitam secukup rasa
Halia – di kisar
Bawang besar- di kisar
Bawang putih – di kisar
Sos Cili/Cili mesin – di kisar
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam/serbuk perasa
Caranya:
Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang
besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap
Tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging
lembut.
Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa
mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.
DAGING GORENG KUNYIT
Bahan-bahanya:
Daging dihiris nipis
1 biji bawang besar – di hiris bulat
½ biji cili merah – di potong serong
½ biji cili hijau – di potong serong
½ sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa.Air secukupnya.Minyak masak
Caranya:
Perap daging dgn serbuk kunyit dan garam selama 20 minit.
Masukkan daging ke dalam kuali bersama sedikit minyak
danair.
Rebus daging hingga empuk.
Masukkan bawang besar, cili merah dan hijau.
Kacau sekata.
DAGING PINDANG
Bahan-bahannya
300gsm daging lembu
1 labu bawang putih -
5 ulas bawang merah -
1 -2 batang cili merah - di hiris
5 cm lengkuas - ketuk
5 cm kunyit - di hiris
5 cm halia muda
1 batang serai – ketuk
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Caranya:
Panaskan minyak
Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
Tuang air.
Masukkan daging.
Masukkan serai
Masukkan asam keping dan garam.
DAGING GORENG HALIA & BLACK PEPPER
Bahannya:
Daging
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
5 cm halia (dihiris)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Sedikit minyak bijan
Caranya:
Tumiskan semua bahan yg dihiris (bawang putih, bawang besar,
halia) dengan sedikit minyak bijan hingga naik bau
Masukkan daging & sedikit air (nak lembutkan daging)
& masukkan sedikit garam & serbuk lada hitam.
X Files:
Berpantang,
pregnancy diary,
pregnancy story,
resepi
Monday, July 14, 2014
Resepi Berpantang # Sayur

PERIA MASAK ASAM
Bahan-bahan:
200 ml air
5 ulas bawang kecil – dihiris
2 biji peria katak – dipotong nipis
2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Masak kesemua bahan sehingga pekat.
b) Kacau rata dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik bau. Angkat dan hidangkan.
Info: Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantang yang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu.
Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh jika diamalkan.
200 ml air
5 ulas bawang kecil – dihiris
2 biji peria katak – dipotong nipis
2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Masak kesemua bahan sehingga pekat.
b) Kacau rata dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik bau. Angkat dan hidangkan.
Info: Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantang yang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu.
Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh jika diamalkan.
ULAM PEGAGA
Cara menyediakan:
a)
Bersihkan dahulu daun pegaga. Toskan air sebelum dimakan bersama nasi.
Info: Pegaga merupakan sejenis ulaman popular di kalangan ibu berpantang terutamanya dalam menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi.
Ia diibaratkan sebagai tonik saraf untuk merehat dan menambahkan ingatan. Pegaga juga dapat mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal selepas bersalin.
Info: Pegaga merupakan sejenis ulaman popular di kalangan ibu berpantang terutamanya dalam menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi.
Ia diibaratkan sebagai tonik saraf untuk merehat dan menambahkan ingatan. Pegaga juga dapat mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal selepas bersalin.
PERIA LADA HITAM
Bahan-bahan:
1 biji buah peria - dihiris
200 ml air
100 gm ikan bilis - dibersihkan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 batang serai - diketuk
1 sm kunyit hidup - ditumbuk halus
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Masukkan semua bahan kecuali peria ke dalam kuali. Jerangkan.
b) Kacau sekali-sekala hingga mendidih.
c) Masukkan peria dan masak lagi hingga empuk.
d) Masakan hendaklah dikacau selalu bila bertambah pekat dan kering.
Sayur sawi tumis air
Bahan-bahan untuk resipi
- Sayur sawi, dipotong kasar
- Sedikit ikan bilis yang sudah dikopek dan dibersihkan
Cara-cara
- Panaskan kuali dengan api sederhana. Letak dalam setengah gelas air ke dalam kuali.
- Apabila kuali mula berasap, letakkan ikan bilis dahulu. Tumis sekejap sehingga naik bau.
- Kemudian letakkan sayur sawi. Kacau sebentar dan tutup selama 2 – 3 minit.
- Tumis sehingga sayur separuh layu (jangan layu terus kerana ia akan merosakkan kandungan vitamin sayur).
SUP SAYUR - SAWI BUNGA / LOBAK PUTIH / KAILAN / CARROT
Bahannya:
sayur
air
bawang putih
daun sup
minyak bijan
Caranya
tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak,
masukkan air, sedikit garam & sayur-sayuran.
setelah mendidih, masukkan daun sup
titiskan sedikit minyak bijan.
SUP LOBAK PUTIH
Bahannya:
1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
Sedikit daun kucai
2 ulas Bawang putih
2 ulas bawang merah
Lada hitam
Garam secukup rasa
Caranya
Didihkan air dalam periuk,
kemudian masukkan bahan2 tersebut, jangan terlalu lama.
Sedia untuk dihidangkan
SUP LOBAK PUTIH
Bahannya:
500 ml air
½ batang lobak putih – di kerat setebal ½ sm
Sedikit lobak merah – di hiris halus
Sedikit daun kucai – di potong pendek
Garam secukup rasa
Caranya
Didihkan air dalam periuk.
Masukkan lobak putih dan rebus hingga empuk
Masukkan lobak merah, daun kucai dan garam.
Biarkan seketika sebelum di angkat.
SUHUN PEKAT
Bahan-bahannya
300 ml air
50 gm suhun.
30 gm halia – di hiris.
3 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
1 sudu air asam jawa.
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa
Caranya
1. Masak semua
bahan di atas api sederhana besar.
2. Biarkan
mendidih sehingga kuahnya pekat.
LENGKUAS MUDA MASAK LADA MERAH
Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita @ dengan lain
perkataan mengetatkan sistem kacip kak timah, gitu…
Bahannya:
Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk
buang pahit & maung lengkuas
Sedikit ikan bilis
Bawang merah
Bawang Putih
Lada merah
Caranya :
Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan
ditumis dengan sedikit minyak.
Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau
agar ia sebati.
TURI MASAK ASAM REBUS
Bagus Utk Menambah Susu Ibu.
Bahannya:
Daun Turi
Ikan Bilis
Asam Keping
Bawang merah
Kunyit Hidup
Ikan Bilis
Lada merah
Caranya :
Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit
hidup ditumbuk kemudian direbus. Masukkan garam, asam keping dan daun turi
biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.
PEGAGA MASAK LADA HITAM
Bahannya:
Sedikit santan pekat
Lada hitam (lebihkan)
Ikan bilis putih
Kunyit hidup
Halia
Garam
Caranya:
1. Lada hitam,
halia & kunyit hidup ditumbuk.
2. Kemudian
masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk.
3. Biar pekat.
4. Kira OK
masukkan pegaga dan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.
SAYUR CAMPUR
Bahannya:
100 gram bunga bakoli (potong halus)
1 batang karot (dipotong nipis)
2 batang sawi (dipotong kecil-kecil)
2 biji bawang putih (ditumbuk)
1 sudu lada hitam (dtumbuk halus)
garam secukupnya
air secukupnya
2 sudu minyak bijan utk menumis
Caranya
1. Panaskan minyak
bijan dalam periuk, bila panas tumis bawang putih, lada hitam dan kacau
kemudian masukkan air dan garam secukupnya.
2. Masukkan
kesemua sayur-sayuran tadi dan tutup periuk biar semua bahan tadi empuk tapi
jangan dimasak terlalu lama.
3. Bolehlah
dihidang dan makan.
SAYUR SAWI MASAK REBUS
Bahannya:
Sayur Sawi
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Lada hitam (kalau nak pedas, letak lah banyak)
Sedikit ketumbar
Garam & gula secukup rasa
Caranya:
Bawang putih & bawang merah boleh ditumbuk atau dihiris
sahaja.
Tumbuk / blender lada hitam dan ketumbar.
Panaskan air didalam periuk,
selepas menggelegak, masukkan bahan2 rempah diikuti dengan
sayur.
Tutup api dan sayur sedia untuk dimakan
KERABU JANTUNG PISANG
Bahannya:
1 biji Jantung pisang }direbus dan dihiris kasar
1 cawan Pati santan
2 sudu besar Kerisik
1 sudu besar Air asam jawa
1 sudu besar Lada hitam } ditumbuk kasar
1 biji Bawang besar }dihiris halus
2 batang Serai }dihiris halus
Garam dan gula } secukup rasa
Caranya:
1. Gaulkan
jantung pisang, bawang besar, serai, lada hitam, kerisik dan santan pekat
bersama air asam jawa.
2. Masukkan
garam dan gula. Sesuaikan rasanya.
3. Sedia untuk
dihidangkan.
KERABU PEGAGA
Bahannya:
lada hitam
bawang merah
ikan bilis - ditumbuk
ulam pegaga
Caranya:
tumiskan semua bahan yg ditumbuk (lada hitam, bawang merah,
ikan bilis) dengan minyak yang sedikit.
dah garing, masukkan pegaga (sekejap je) & sedikit
garam.
KERABU ULAM PEGAGA
Bahan-bahannya
Pegaga - Mayang halus
1 ulas B. putih - Tumbuk
2 ulas b. merah - Tumbuk
1 sudu teh lada hitam - Tumbuk
1/2" halia - tumbuk
Segengam kelapa
Ikan selayang/kembung - Rebus dan ambil isi
Cuka
Caranya:
Goreng bahan yg ditumbuk.
Maukkan isi ikan, kelapa, garam & sedikit cuka.
Apabila sudah sebati, masukkan pegaga & terus angkat.
Jangan biar lama2 nanti zatnya hilang.
KERABU ULAM PEGAGA 2
Bahan-bahannya
6 – 10 cekak daun pegaga – dihiris kasar
5 cm halia muda - di hiris
5 cm kunyit - di hiris
6 ulas bawang merah – di hiris
1 sudu besar lada hitam
Air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Caranya
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar bersama air
asam jawa,
gula dan garam secukup rasa.
Gaul sehingga sebati.
KERABU BUNGA KANTAN
Bahan-bahan
1 cawan Kelapa parut } ditumbuk kasar
4 kuntum Bunga kantan } dihirs halus
2 batang Serai } dihiris halus
2 biji Bawang merah } ditumbuk halus
4 sm Halia } ditumbuk halus
1 sudu kecil Lada hitam } ditumbuk halus
Sedikit air Asam jawa
Garam dan gula }secukup rasa
Cara-cara
1. Gaulkan
semua bahan di dalam mangkuk hingga rata.
2. Masukkan
garam dan gula, sesuaikan rasanya.
3. Sedia untuk dihidangkan.
TUMIS SAWI PUTIH
Bahan-bahannya
50 gm ikan bilis
30 gm halia – di hiris
10 tangkai sawi putih
1 sudu kecil minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya.
Caranya
Panaskan minyak. Tumis ikan bilis dan halia hingga naik bau.
Masukkan sawi. Kacau rata dan tuangkan sedikit air.
Masukkan garam dan kacau hingga sayur masak.
PERIA MASAK LADA HITAM
Bahan-bahan:
300 ml air
2 batang serai – di ketuk
2 ulas bawang putih – di hiris
1 biji peria katak – dipotong nipis
100 gm ikan bilis – dibersihkan
10 gm kunyit – di tumbik halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
Caranya
1. Didihkan semua
bahan kecuali Peria. Kacau sekali sekala.
2. Masukkan
Peria.
3. Masak hingga
empuk dan kuahnya pekat.
4. Angkat dan
hidangkan.
KERABU PEGAGA BUNGA KANTAN
Bahan-bahannya
2 cekak daun pegaga – dihiris kecil
1 kuntum bunga kantan - di hiris halus
1 biji cili merah - di hiris halus
4 ulas bawang merah -di hiris halus
3 biji limau kasturi – di ambil jusnya dan kulitnya di hiris
halus.
1 sudu kecil lada hitam
Segenggam ikan bilis – di goring
3 sudu besar kelapa parut – di buat kerisik.
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Caranya
Tumbuk kasar kerisik, lada hitam dan ikan bilis.
Campurkan bahan yang di tumbuk bersama pegaga, bunga
kantan, cili merak, bawang merah, kulit limau, jus limau dan
garam
Gaul sehingga sebati.
KENTANG SUHUN
Bahan-bahannya
300 ml air
10 gm suhun – di rendam
3 ulas bawang putih – di hiris
1 biji kentang – di potong kecil.
1 sudu air asam jawa.
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa
Caranya
Masak air bersama suhun, bawang putih, kentang dan serbuk
lada hitam.
Masak hingga kentang empuk.
Biar mendidih dan kuahnya pekat.
Masukkan garam. Kacau rata.
Angkat dan tuangkan sedikit air asam di atasnya.
KENTANG CAMPUR PEGAGA
Bahan-bahannya
300 ml air
50 gm ikan bilis
1 cekak pucuk pegaga.
5 ulas bawang merah – di potong 2
1 biji kentang – di potong kecil.
1 sudu air asam jawa.
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa
Caranya
Masak semua bahan hingga kentang empuk.
Biarkan mendidih atas api sederhana besar.
Angkat setelah kuahnya pekat.
X Files:
Berpantang,
pregnancy diary,
pregnancy story,
resepi
Thursday, July 10, 2014
Resepi Berpantang # Ikan Bilis

IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM
Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa
Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api
perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.
IKAN BILIS BERKUNYIT
Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.
Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada
hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.
IKAN BILIS DAUN KARI
Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.
Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih
hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan
angkat.
X Files:
Berpantang,
pregnancy diary,
pregnancy story,
resepi
Monday, July 7, 2014
MENJAGA LUKA EPISIOTOMI (SELEPAS KELAHIRAN )

Sekiranya anda mengalami kelahiran normal, kemungkinan besar
anda mempunyai luka episiotomi.
Untuk memastikan luka anda pulih dengan baik, cuba amalkan
tip-tip ini:
1-Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada
luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit.
Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.
2-Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air
kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih
dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair
pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun
yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis.
3-Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan
siram air suam semasa kencing.
4-Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan
proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah
nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan
untuk mendedahkan luka sekali sekala.
5-Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal
donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan
pada luka.
6-Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan
episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan
mengelakkan jahitan terbuka.
7-Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan
paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.
8-Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk
melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh
mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat
enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.
9-Sitz bath. Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda
dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga
dalam vagina.
10-Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia
membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat
100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.
11-Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan
dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.
12-Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak
akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin
adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3
hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul
semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus
kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga
menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan
kesakitan ketara pada luka anda.
Sumber google
X Files:
Berpantang,
pregnancy diary,
pregnancy story
Friday, July 4, 2014
38 Weeks Check up

Monday, June 30, 2014
Set Bersalin Pilihan

Bengkung ni Harga dia RM 55
tapi aku dapat murah sikit la...bukan sikit2 murah die...banyak jugak la..hihihi
nak g kencing ke buang air besar ke tak de masalah...
nak review tak boleh lagi la...sebab aku tak pakai lagi barang2 die...
Insyaallah nanti kalau dah pakai kite buat review...
gambar2 hasil ihsan google la yee...
nak harap aku snap gambar lepas tu transfer...lepas tu baru nak up entry memang berzaman la jawabnye...
X Files:
pantang,
pregnancy diary,
pregnancy story
Subscribe to:
Posts (Atom)




