Sekiranya anda mengalami kelahiran normal, kemungkinan besar
anda mempunyai luka episiotomi.
Untuk memastikan luka anda pulih dengan baik, cuba amalkan
tip-tip ini:
1-Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada
luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit.
Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.
2-Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air
kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih
dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair
pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun
yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis.
3-Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan
siram air suam semasa kencing.
4-Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan
proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah
nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan
untuk mendedahkan luka sekali sekala.
5-Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal
donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan
pada luka.
6-Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan
episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan
mengelakkan jahitan terbuka.
7-Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan
paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.
8-Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk
melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh
mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat
enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.
9-Sitz bath. Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda
dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga
dalam vagina.
10-Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia
membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat
100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.
11-Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan
dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.
12-Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak
akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin
adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3
hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul
semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus
kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga
menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan
kesakitan ketara pada luka anda.
Sumber google
1 comment:
assalamualaikum awak. sy dah habis pantang rini tapi luka jahitan masih belum sembuh. nak nangis weh sebab kita memang lasak orgnya.. agak tensi la bila pergerakan masih terbatas ni.. huwaaa.. puasa pun belum boleh start T___T"
Post a Comment