Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Wednesday, July 2, 2014

Menu Berbuka Hari ke 4


Lately ni memang boleh dikatakan hari-hari aku google resepi dan menu makanan untuk berbuka
Tahun lepas hari-hari memang aku ngan Encik Suami ke Bazar Ramadhan
Tahun ni memang aku tak larat sangat nak ke bazar..malas ko berjalan...
so marilah kita memasak...

hari ni aku rasa nak makan

Ayam Percik
Pak Choy sos tiram
Sambal Belacan

Resepi Ayam Percik
BAHAN-BAHANNYA 
3 keping bahagian Paha ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah (tapi lagi sedap kuah pekat sendiri tanpa tepung jagung)
2 inci halia*
4 batang serai, hiris halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

BAHAN UNTUK MEREBUS AYAM :-)
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air untuk merebus

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK KUAH :- Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.
UNTUK AYAM :- Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Didihkan air bersama bahan2 untuk merebus ayam. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.
UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN :- Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik2kan. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan....



Resepi Pak Choy Sos Tiram

Bahan2:
10  baby pak choy
6 biji bawang putih - didadu halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil kicap seasoning (saya guna cap maggi)
Ajinamoto

Cara2 masak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan sos tiram, kicap, air cuka, minyak bijan, kicap seasoning dan ajinamto.
3. Gaul rata dan masukkan pak choy. (Pak Choy tu celur terlebih dahulu dengan batang2 sekali)


Resepi Sambal Belacan

Bahan-bahan ( 1 mangkuk )

1 cawan cili padi
1/4 cawan gula
1/4 cawan garam
1 sudu besar belacan
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar
1/2 biji lemon diambil airnya
Sedikit air masak
Cara-cara

Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
Siap untuk dihidang

Harapnye jadi la, aku masak petang ni

**psst~ resepi dan gambar aku copy dari google ye... 


7 comments:

Khairul Bariah said...

masak sendiri la baru best....
try google kat blog aziejaya.blogspot, byk menu best.

Hafiza AizZawa said...

hehe.. semoga berjaya dan selamat berbuka puase yer..

Rai Ourkizuna said...

wahhh..sakan makanan buka puasa dia.. bukan tengah pantang ek?

permatabiru said...

entry bergambar siap..adoi..tergoda i..hahaha...menu sama juga ayam bakar, sambal belacan

Mama Idlan Irsyad said...

pergh, menarik..

Fifi Nadhrah said...

terliur dan mengiurkan..

Sheila Salim said...

assalamualaikum awak. sedapnya. awak masak ni ke rini? hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...