Hari jumaat baru ni, kena minum air gula…
Kat klinik Dengkil…
Jauh oooo, walaupun Klinik kesihatan lain
Cuma sekangkang kera dari rumah, tapi sebab sebab alamat aku dah termasuk area sepang terpaksa la ke dengkil…
Sebelum minum air gula aku dah Tanya siap2
dekat Nurse kalau minum dekat klinik
swasta tak pe ke?
Nurse kate ok..tapi kite Cuma terima
az-zahrah dengan an-nur sebab prosedur dia lebih kurang….
sebab tak boleh ke Dengkil
kereta skang pakai kereta lama ayah mertua aku..sebab kereta kitorang encik suami bagi ayah mertua pinjam kejap..makanya laki aku tak confident bawak kereta tu jauh2
Aku pun gigih la mengoogle ….siap call
az-zahrah lagi sebab baca review orang air gula kat situ sedap
Perisa blackcurrant….
Malam aku start puasa dari pukul 10.00
Lepas tu dah tak makan or minum walau
setitik air pun…
Pagi esoknya dah la terlewat bangun, baju
tak iron lagi…pung pang pung pang pukul 9 baru gerak dari rumah….
Sampai az-zahrah daftar dulu kat kaunter
terus ke wad tingkat 2 untuk buat ujian MGTT…
Sampai situ, nurse ambil darah aku
dulu…lepas tu minum air gula…
Diorang bagi mug siap bertutup lagi kat
aku….
Aku dengan harapan dapat air blackcurrent
terpaksa telan air liur bila bukak penutup mug tersebut….
Air gula pure ok…pure….
Hoihhh mane perisa blackcurrentnye??????
Aku pandang encik suami….encik suami
sengih2 suh minum….
Aku pun minum la dengan perasaan redha dan
pasrah…
Hancur harapan nak minum air
blackcurrent….angan-angan aku nanti dpat air blackcurrent aku nak ambil gambar
lepas tu upload facebook tag dekat kawan2 ….pasal diorang minum air gula
pure…aku punye perisa blackcurrent…tapi haram….aku pun minum air gula pure….
Lepas minum sampai habis kepala dah start
lalok sikit…. Aku memang tak suka manis2 sangat…pening…
Nurse suruh datang balik dalam masa 2 jam….
Lepas tu terus ikut encik suami setelkan
hal die… g bank… g tempat keje die jap….
Alhamdulillah aku Berjaya untuk tidak
muntah….
Ngam-ngam 2 jam lepas tu aku dah tercongok
depan wad kat dalam az-zahrah
Nurse datang ambik darah…
Alhamdulillah darah ok… xde kencing
manis…kihkihkih..Alhamdulillah..
Terus siap2 balik….kepala aku betul2 pening
Sampai rumah makan2 terus padam….
Bangun2 dah pukul 3 lebih…alamak…patutnye
kena masuk office….
aku terpaksa pasrah bila tak sempat masuk office...
hihi sejak pregnant ni, el,cuti mc, dan halfday sudah menjadi kebiasaan.....
orang2 yang tak pakai panel macam aku ni,
aku kena bayar RM 30.00 untuk minum air gula..
1 comment:
Assalamualaikum awak. hahaha sheila pun kena minum air gula pure punya.. biasalah KK kan. heheh next week kena minum air gula yang kedua pulak. tensi la nak rasa air gula tu. sheila pun jenis tak suka benda2 manis ni. adehhh Y_____Y
Post a Comment