Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, August 26, 2011

Tips Khusyuk Dalam Solat

ASSALAMUAALAIKUM SAHABAT SEKALIAN...




Mukadimah



HAri2 kita asek memikirkan teknik2 kuruskan badan, tips2 mencantikkan muka, teknik2 malam pertama (ops) dan sebagainya tapi kita lupa pula nak mencari tips2 bagaimana mendapatkan khasiat solat yg sebenarnya. kita asek mencari alasan kelekaan kita spt gangguan bising, gangguan syaitan dan sbgnya tapi hakikatnya kita tidak pula ingin menguatkan diri mencari kekhusyukan dalam bersolat.



TIps tips mudah



sebenarnya byk tips2 kita pelajari, tapi kebanyakkannya adalah dlm bentuk abstrak spt pastikan tempat solat bersih, ambil wuduk sempurna, solat dalam gelap dan sbgnya, tapi tiada gunanya jika kita solat tidak fokus kpd apa yg kita kerjakan.



ini ada tips yg lebih mudah kita buat.



1) LIHAT SEJADAH DAN BYGKAN GAMBAR KAABAH ITU SEOLAH2 ANDA DI HADAPANNYA KETIKA ITU.

Dgn cara ini, anda mendapat keikhlasan dan kesungguhan dlm bersolat kerana merasakan anda telah berada di dpn Rumah Allah.



2) FAHAMI MAKNA BACAAN DAN TERJEMAHKANNYA KETIKA SOLAT

Membaca tanpa tahu maksud apa gunanya. jika kita membaca di mulut tapi di waktu yg sama kita menlafazkannya di hati, kita akan lebih mengerti akan maksud kata2 kita itu dan melahirkan kekhusyukkan dalam solat. cthnya ketika menyebut Allahu Akbar ketika takbiratul ihram, pastikan di dalam hati anda menyebut "allah maha besar". begitu juga dgn bacaan lain.



Maksud Bacaan di dalam solat



Takbiratul-Ihram & Takbir

Allah Maha Besar.



Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.



Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.



Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku,

angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah

daku dan maafkanlah akan daku.



3) MAKSUDKAN DI DALAM HATI APA YG DILAFAZKAN KETIkA DUA KALIMAH SYAHADAH.

smsa duduk tahiyat, pastikan ketika melafaz syahadah, kita tetapka dalam hati dgn berkata "tiada tuhan selain Allah, nabi muhammad pesuruh Allah"



4) KETIKA INGIN MEMBERI SALAM PERTAMA, ANDAIKAN ITULAH KALI TERAKHIR KITA BERSOLAT KPD ALLAH.

bila kita merasakan kita akan mati selepas selesainya solat itu, kita akan lebih menghargai kerja2 kita dan mencintai solat lantas kita tidak leka dan mengharapkan solat itu akan membantu kita di akhirat kelak.





Semua tips ini bukanlah 100% berhasil jika kita tiada usaha utk melahirkan keikhlasan dalam bersolat. oleh itu, berusahalah utk menunaikan solat dgn tekun dan bersungguh, bkn terpaksa atau dlm keadaan malas. nescaya kita akan menemui kekhusyukan itu.



AAMIIIN...

2 comments:

Unknown said...

tak rugi mencuba.. aku selalu tak kusyuk ketika solat.. thanks for the tips :)

Unknown said...

@saiazuan ~ welcome..sama je kite...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers