Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Sunday, August 21, 2011

Lelaki Ditahan Berhubung Kes Simbah Asid, Direman Lima Hari

KUALA LUMPUR, 21 Ogos -- Seorang lelaki yang ditahan petang semalam di ibu negara berhubung kes simbah asid terhadap seorang pemuda di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut, 8 Ogos lepas, direman lima hari bermula hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata lelaki berusia 28 tahun itu adalah kenalan kepada mangsa.

"Lelaki yang ditahan itu mengenali mangsa dan polis yakin dengan penahanannya dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes simbah asid yang berlaku di Jalan Raja Laut itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Rafie Abdul Latif, 27, telah disimbah asid oleh seorang lelaki ketika berada dalam kereta berhampiran tandas awam berdekatan Wisma Bumi Raya di sini.

Lelaki itu dikatakan membuka pintu kereta mangsa dan menyimbah mangsa dengan asid yang menyebabkan kulit muka mangsa melecur, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta bersama dua lagi lelaki.

Menurut sumber, lelaki yang ditahan itu merupakan seorang dari rakan mangsa yang bersamanya pada hari kejadian dan telah dibawa oleh pihak polis ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) iaitu tempat mangsa dirawat dalam keadaan tangan bergari, semalam.

"Lelaki (yang ditahan) itu ada bertengkar dengan mangsa beberapa hari sebelum kejadian, namun tidak dapat disahkan sama ada dia terbabit," katanya.

2 comments:

mary ann ;) said...

ishhh...ape kes nie main simbah2 asid..

simbah kat muka dia balik baru dia tau apa rasanya.. kan?

misz sheyla said...

@mary ann ~ kan..tau xpe..skang ni semua fikir pendek...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...