CUEPACS minta bonus 2 bulan. Ermm… Berita baik bagi kakitangan kerajaan pada tahun 2011 ini di mana CUEPACS (Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam) pada kali telah memohon kepada kerajaan untuk memberikan bonus 2 bulan gaji kepada kakitangan awam di seluruh Malaysia lapor berita harian 4 ogos2011. Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman, berharap kerajan dapat menimbangkan untuk memberi bonus tersebut pada sebelum sambutan hari raya tahun ini dan juga selepas sambutan hari raya.
CUEPACS telah memohon melalui surat rasmi kepada perdana menteri pada 2 bulan yang lalu dan mengharapkan ia dapat di umumkan sedikit masa lagi. Bonus tersebut bukan sahaja untuk setakat Gred 54 tetapi juga untuk keseluruhan penjawat awam. Tahniah CUEPACS kerana menjalankan tanggungjawab untuk kesatuan dan kebajikan penjawat awam.
“Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ini berita yang di tunggu tunggu oleh kakitangan kerajaan, felda dah dapat duit raya kini giliran kakitangan kerajaan la pulak mendapat bonus. Harap kerajaan dapat bagi bonus 2 bulan tersebut sebab mereka dah 2 tahun tak dapat bonus. Tahun lepas dapat juga duit raya RM 500 seorang.
Harap kakitangan kerajaan bekerja dengan lebih bagus dan tekun dalam pekerjaan mereka, ingatlah bahawa kerja itu amanah, buatlah apa yang terbaik untuk diri sendiri dan negara. Anda dapat bonus tetapi bagaimana dengan nasib rakyat yang lain yang tidak bekerja dengan kerajaan. Apa yang mereka dapat harapkan daripada kerajaan. Mereka terpaksa cari sendiri untuk teruskan kehidupan mereka. Jadi kepada warga penjawat awam, fikir fikirkan lah perkara ini. Bulan puasa macam nie doa lah banyak2 bagi dapat bonus 2 bulan tu.
sumber : cyber
2 comments:
verangan je la...
T__T hancur ati ku bos...
Post a Comment