Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Wednesday, March 2, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??

BEN ASHAARI

Join Klik Header okey

Aku memang giler trafik r wei..so what????hah??hah??hah??? bagi korang yang gile2 jugak tu meh aku nak share sikit cerita pasal kematian ni..

Terdapat 5 alam yg dilalui oleh setiap manusia iaitu : 

1. Alam Roh 

Alam dimana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya. Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam. 

2. Alam Rahim 

selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh) 

3. Alam Dunia 

Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yg seterusnya. Hidup sehingga 65thn-75thn 

4. Alam Kubur 

Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 thn bersamaan 1000 thn didunia. 

Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi'Sa'iid ; Rasulullah saw bersabda :" Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka" 

5. Alam Mahsyar 

Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 thn bersamaan 50,000 thn didunia. Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil. Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yg kedua menghidupkannya kembali dimana bumi memuntahkan isinya. 

* Dlm riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yg mati di Mekah / Madinah). Sunat utk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah shj. Haram berniat utk mati ditempat yg lain. Rasullullah s.a.w yg pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail " Dimana kamu tinggalkan umatku" 

# Didalam Surah Al-Waaqi'ah Allah menyebutkan dipermulaan keadaan/suasana Kiamat Besar dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan : 

1.Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat awal. 

2.Abraar (Baik-kebaikwan); iaitu orang-orang yang baik-baik; mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Bertuah Peringkat Kedua) 

3.Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan celaka/sial). Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecil dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga iaitu; 

1.Muqarrabiin. 

2.Golongan Kanan. 

3.Golongan Pendusta Yang Sesat. 

Peristiwa di Padang Mahsyar 

Manusia dibangunkan dlm keadaan telanjang melainkan mrk yg beriman. Jln masing-masing tidak kenal antara satu kecuali 7 golongan. Mengikut Riwayat , Rasullullah saw dan Nabi Ibrahim as diberi pakaian terlebih dahulu diikuti yg lain (para Nabi, Sahabat dan mrk yg beriman). 

7 golongan : 

1. Pemimpin yang adil 

2. Lelaki yg terikat hatinya dgn masjid 

3. Lelaki yg bersedekah tetapi tidak diketahui 

4. Orang muda yg taat kepada perintah Allah 

5. Lelaki yg diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dgn kata " Aku takut pada Allah" 

6. Lelaki yg senantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah 

7. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

(Didalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka ada juanya bermaksud atau bersama perempuan) 

Setelah 40 thn (di Mahsyar) iaitu 1 thn bersamaan 50,000 thn didunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mrk yg beriman, kemudian terdengar suara "pergilah berjumpa dgn para Nabi".. maka yg mengetuai setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam ttp usaha mereka gagal krn Nabi Adam menyatakan beliau juga ada melakukan dosa krn memakan buah larangan di syurga.. maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar menjadi tempat 

- Soal Jawab 

-Membaca catatan amalan 

-Hisab 

*Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling Neraka Jahanam. 

"Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam." Surah Maryam Ayat 68 Kemudian manusia meniti SiratulMustakim yg mana perjalanannya mengambil masa 15,000 thn perjalanan (persamaan didunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yg meniti hanya tinggal 1 sahaja yg akan berada di titian sirat (iaitu mrk yg beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mrk yg beriman) . 

999 manusia akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba didasar neraka setelah 60 tahun. (*Mengikut Riwayat, anak yg meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya diatas sirat). 

*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,Di sisi "Sidratul-Muntaha"; Yang di sisinya terletak syurga "Jannatul-Makwa".(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa "Sidratul- untaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16 

*Kesimpulannya : Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yg masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran dimana manusia akan menyesali diatas kelalaian mereka didunia sebaik sahaja melihat api neraka ; 

Wallahuwa'lam. 

1 comment:

EyNaKiD said...

huhu mmg insaf sekejap..
meh join contest yg aku wat~ =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers