Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Wednesday, April 17, 2013

40 minit rayu selamatkan isteri dan bayi yang terlibat dalam kemalangan-New Delhi


semalam ternampak dekat TV3, tapi tak tahu berita penuh...
tapi serius kot kalau macam ni...
macam dah tak de perasaan belas kasihan...
kereta lalu buat tak tahu...
orang melintas jalan buat tak tahu...


Lal merayu meminta bantuan orang ramai di sebatang jalan di Jaipur selama 40 minit

NEW DELHI - Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki merayu pertolongan selama 40 minit selepas dia bersama isteri dan bayinya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dekat Jaipur, India, kelmarin.

Jurucakap polis memberitahu, tindakan orang awam yang tidak mempedulikan mangsa dan keluarganya yang dalam kesusahan itu dianggap sebagai sifat yang memalukan di India.

"Selama lebih 40 minit Kanhaiya Lal merayu pertolongan daripada orang yang lalu lalang di situ. Kejadian berlaku sebaik motosikal yang dinaiki mereka bertiga dilanggar oleh sebuah trak," katanya pada laporan Al-Jazeera.

Isteri Lal, Guddi, 26, dan anak mereka yang masih bayi berumur 10 bulan maut di tempat kejadian.

Sebelum ini, sebuah stesen televisyen (TV) tempatan menyiarkan rakaman yang menunjukkan mayat seorang wanita bersama bayinya dan seorang lelaki menjerit meminta pertolongan.

Lebih menyedihkan, sebaik ambulans tiba, mayat isteri dan anaknya itu diangkat secara kasar dan umpama membuang sampah ke dalam kenderaan itu.

Ketua polis trafik Jaipur, Lata Manoj dalam satu temu bual siaran TV berkata, adalah menjadi tanggungjawab setiap penduduk menghulurkan bantuan demi menyelamatkan nyawa.



sumber:.http://www.sinarharian.com.my/40-min...-anak-1.150847

5 comments:

are_lin@yu said...

lamanya..napalah xda yg nk tlg..huhu

NM03 said...

sedihnya

safurara said...

hmmm kesiannya.

Mun said...

huhu....kesiannya.....

Mila Ahmad said...

Apela nak jadikan, kenapa perlu buat macam tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers