Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Monday, November 21, 2011

Pilih Menantu ikut Negeri - LOL

sumber gambar google

seyesli aku tak pernah melalui benda ni..tapi kawan-kawan aku pernah. bukan sorang dua, tapi lebih dari 4 orang kot. Bila lelaki or prempuan bawak balik pasangan untuk kenalkan pada family, of course mak pasangannya sangat berkenan. baiknye budak ni, sopan santun, baik budi pekerti , cantik/hensem, hati bakal mak mertua pun senang, pendek kata tak de cacat cela la. tapi bila tau pasangan anak die tu dari negeri mana terus reject!!! hilang terus sifat baik, sifat sopan, sifat hormat orang tua yang ade pada lelaki/perempuan tu. family terus desak suruh putus hubungan..seyesli KUNO!!! KUNO!!!KUNO!!LAPOK!!!

konon kalau anak lelaki kahwin dengan orang negeri semua harta lelaki tu perempuan bolot. Kalau kahwin ngan orang johor hantaran tinggi melangit, kahwin dengan orang kedah begini-begini pulak ceritanya, kahwin dengan orang kelantan pulak macam ni.orang pahang ni macam ni pulak, sampai family tak restui hubungan korang sebab takut benda2 ni berlaku.. aku tak faham betul bila nak kahwin pun ade yang bersifat kenegerian. 

yee..mungkin sedare mare or orang terdekat korang tak bahagia dengan perkahwinan tapi tak semestinya semua orang dari negeri tu macam tu..pokok pangkalnye perangai die tu dari family die. cara didikan die..dengan siapa die bergaul.. bukan dari negeri mane die berasal. hellooooooo buka sikit minda, buang sikit persepsi negatif tu. sifat orang bukan ditentukan melalui negeri mana dia lahir. kita tak boleh nilai hati budi orang melalui negeri orang tu. 

kadang-kadang terfikir gak aku, boleh ke kebahgiaan orang tu ditentukan mengikut mana negeri yang die duduk.. anak kamu masih hidup kan walaupun die duduk bekerja di lain negeri.

sedih bila tengok orang merana sebab family tak restu atas alasan bakal menantu die bukan dari negeri yang die berkenan.. ye aku tau tu bukan jodoh dorang.. tapi please bukak minda .. no more sifat kenegerian dalm perkahwinan ..kalau belum kahwin xpe lagi..tapi kalau dah kahwin?? merana kan bila family mertua tak alu-alukan kedatangan ko dalam family..











1 comment:

ZURAINI said...

adoyaii.. parah ni. huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...