Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, November 4, 2011

Jom Dating Sabtu ni~Rebutlah Peluang okey


Rebutlah peluang ini menjelang sabtu ini (9 Zulhijjah 1432)...

Ingat! Selepas Asar Sabtu Ini. Kita dating dengan ALLAH! Kerana Itulah hari
Arafah!
Peluang ni jangan dilepaskan! Belum tentu kita bukak mata tahun depan.!
Puasa dan doalah kalian. mintak lah apa pun.

Salam 1 Zulhijjah 1431 Hijrah. Selamat berpuasa sunat .Mudah-mudahan
permulaan yang baik akan mendapat ganjaran dari Allah SWT. Mudah-mudahan
ibadat sunat ini akan diteruskan hingga 8 dan 9 Zulhijjah. Memanjangkan
catatan editor Majalah Anis bulan ini untuk kita berkongsi sesuatu, terutama
bagi yang belum sempat membacanya.

Sebaik gelincir matahari pada tarikh 9 Zulhijjah di tanah Arab bermulalah
ibadat kemuncak bagi jemaah haji yang wukuf di Arafah. Seafdal-afdal doa
ialah doa di Arafah.

Nabi SAW sendiri diriwayatkan mula berdoa dari waktu gelincir matahari
hinggalah terbenam matahari. Inilah waktu kemuncak baginda memanjangkan doa
dalam juraian air mata. Haji terakhir baginda bersama umat yang sangat
dikasihinya. Panjang doa baginda kerana kemuncak rindu cinta yang amat
sangat untuk bertemu Allah. Hiba doa baginda kerana mendoakan kesejahteraan
untuk umat yang bakal ditinggalkan sesudah sempurnanya wahyu al-Quran
diturunkan. Itu sejarahNabi kita Muhammad SAW.

Setiap tahun bumi Arafah semakin ramai jumlah umat Muhammad berwukuf.
Selepas solat jamak tamam Zuhur dan Asar berjemaah, khatib sudah mula
membaca khutbah dalam pelbagai bahasa mengikut bangsa yang menjadi tetamu
Allah di situ.

Rata-rata jemaah bagai anak kecil , sedu-sedan bertangisan menghitung
dosa-dosa diri dan keluaarga di bawah tanggungannya. Benarlah Arafah bagai
padang Mahsyar, perhimpuan yang hanya disaluti kain putih dengan satu
matlamat, mohon keampunan kepada Allah, mohon jadi orang baru bagai bayi
baru dilahirkan. Suci dari pada dosa.

Melewati pukul 12 tengahari waktu di Arafah bermula dari gelincir matahari
ketika itu di negara kita telah masuk waktu Asar. Andai kata mata kasar kita
dapat melihat sesungguhnya langit dan bumi Arafah ketika waktu Maghrib
terasa sungguh sesak dan berasak-asak dengan turunnya ribuan malaikat, roh
para Nabi dan roh orang-orang soleh. Semuanya bersesak-sesak di bumi Arafah,
sama-sama mengaminkan doa umat Muhammad yang memohon pengampunan daripada
Allah SWT.

Lebih hebat lagi, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia bukan hanya mahu
mengangkat doa para jemaah haji sebaliknya mahu sama mengangkat doa
hamba-hambaNya yang tiada di Arafah, yang tidak pergi haji TETAPI
menghadirkan diri dalam suasana Arafah, berhimpun bersama keluarga di rumah
masing-masing.

Mari kita ubah budaya yang tidak merasa apa-apa pada haari sembilan
Zulhijjah kepada rasa ingin merebut cinta Allah. Bersiap-siaplah kita
sekeluarga di rumah bermula pada petang Asar sembilan Zulhijjah dengan
membersihkan diri dan berwuduk. Penuhkan majlis denga berdoa, berzikir dan
memohon ampun dosa-dosa kita kepada Allah. Ketika itu bayangkan diri kita
sekeluarga bersama para jemaah berselimut putih di Arafah sedang menangis
menadah doa keampunan sebelum menjelangnya berbuka puasa pada hari kemuncak
wukuf itu.

Selepas berbuka kita sekeluarga terus berdoa lagi minta kesejahteraan
keluarga dan umat Islam sedunia. Sesungguhnya doa selepas seorang hamba
berbuka puasa sangat makbul di sisi Allah SWT. Selepas solat magrib
berjemaah mari kita terus bertakbir dan berzikir, membaca Quran dan
melakukan solat taubat mohon Allah ampunkan dosa kita.

Jangan kita cuaikan masa "keramat" yang hanya beberapa jam membawa hingga ke
tengah malam dengan sibuk memikirkan perkara yang berkait dengan nafsu makan
sahaja. Sesungguhnya Arafah adalah lambang cinta kita kepada Allah.

Lambang cinta Allah kepada kita

Salam Aidiladha

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers