Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, July 1, 2011

Henti ambil 2 produk herba

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya menghentikan serta-merta pengambilan dua produk herba tradisional yang didakwa Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) pada 27 Jun lalu mengandungi racun berjadual.
Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata produk pertama iaitu ‘Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill’ didakwa mengandungi Dexamethasone dan Chlorpheniramine manakala produk kedua, ‘’Huo Li Bao’’ mengandungi Piroxicam, Chlorpheniramine, Frusemide dan Caffeine.

Beliau berkata, produk pertama tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kementerian Kesihatan, manakala nombor pendaftaran dan hologram yang tertera adalah palsu.


“Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) tidak pernah mendaftarkan produk di bawah nama pemegang atau pengilang Syarikat Wah Trading seperti yang tertera pada label produk itu.

“Ia bukan satu produk Malaysia, namun menggunakan nama dan nombor pendaftaran Malaysia. Tindakan untuk menyekat produk ini telahpun dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan Pilihanraya Umum ke-13 MCA bahagian Wangsa Maju, semalam.


Liow berkata, Huo Li Bao, yang digunakan bagi mengurangkan sakit sendi, adalah produk semula jadi dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.



“Pemegang pendaftaran produk adalah Wai Kang Enterprise, dan pengilangnya, Shen Loon She Enterprise Sdn Bhd, Pulau Pinang. Pihak BPFK sedang menjalankan ujian pengesahan kandungan (produk),” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kilang itu jika ujian yang dijalankan mendapati ia mengandungi racun berjadual.



sumber : metro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers