CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Tuesday, July 26, 2011

Jarak Paling Dekat Antara Matahari dan Bumi Pada Hari ini 26.07.2011

Amaran: entry ini telah dicopy bulat2 dan diedit sikit...kalo kamu copy jugak entry ini harap bg kredit pada blogger


ATT: Esok(makne kate hari ni) jangan memakai pakaian yg berwarna gelap, disarankan juga mengunakan topi atau sunblock kerana besok merupakan jarak terdekat antara matahari dengan bumi dan besar kemungkinan akan ada peningkatan suhu sehingga 4 darjah C selama 4 hari berturut2... Sila perbanyakkan minuman air mineral atau air masak. Jangan lupa sebarkan info ini kepada keluarga terdekat.


Entri nih telah diambil dari Falak Online dan juga Ideologi untuk dikongsi dgn rodong2...Moh bace kejap!

Satu je perkataan yang tersebut keluar... "Alamak.. mana dapat ni!??" Eh, Silap tu...bukan satu...tapi 4 perkataan!!!

Mari kita tengok ayat yang paling menarik perhatian saya...

"...kerana besok merupakan jarak terdekat antara matahari dengan bumi ..."

Persoalannya, betul ke esok (hari ini) matahari dengan bumi berada pada jarak yang paling dekat?

Mari kita belajar sikit pasal orbit Bumi.

Bumi mengelilingi matahari di dalam bentuk yang Elips, tidak bulat. Ini bermakna, ada satu ketika Bumi akan berada pada titik paling jauh dari matahari, dan ada ketika yang lain berada pada titik paling hampir dengan matahari.

Istilah yang digunakan ialah

Perihelion = Bumi dan Matahari paling dekat
Aphelion = Bumi dan Matahari paling jauh

Lihat rajah di bawah (credit http://www.physicalgeography.net/fundamentals/6h.html)



Dan juga berdasarkan sumber seperti
http://en.wikipedia.org/wiki/Apsis#The_perihelion_and_aphelion_of_the_Earth

Perihelion berlaku pada lebih kurang sekitar 3 Jan setiap tahun.
Aphelion berlaku pada lebih kurang sekitar 4 Julai setiap tahun


Maka, ayat diatas yang mengatakan "esok" (hari ini), dan kalau ikut tarikh keluarnya berita ini di internet, esok (hari ini) bermaksud 26 Julai 2011, jelas tarikhnya jauh menyimpang dari tarikh sebenar!

Malah, bulan Julai ini ialah tarikh ketika Bumi lebih JAUH kepada matahari.. jadi kenapa ia kata"...esok (hari ini) merupakan jarak terdekat ..."

"Peningkatan suhu sebanyak 4 darjah selama 4 hari berturut-turut. ", saya nak tanya, kenapa 4 hari? kenapa bukan 1 hari je..iaitu esok (hari ini), 26 Julai? Kenapa 4 hari tu, tak bermula semalam (kelmarin) atau hari ini (semalam) ke?

Jarak Bumi-Matahari ketika Perihelion (paling dekat) ialah 147.5 juta KM berbanding 152.6 juta KM padaAphelion (bulan Julai).

Suhu purata Bumi secara keseluruhan adalah 2.3 darjah lebih rendah ketika Aphelion berbanding masaPerihelion.

Rujuk http://pm-esip.msfc.nasa.gov/amsutemps/

Jadi, mana datang 4 darjah tu?? Dan kenapa 4 darjah lebih tinggi di bulan Julai, dan bukan bulan Januari?

Ce cite, ce cite... saya nak tau.

"Perbanyakkan minuman air mineral atau air masak"..ni saya sokong pasal baik untuk kesihatan!

Rujuk http://nutrition.about.com/od/hydrationwater/a/waterarticle.htm

I rest my case!

Rujukan lain:
http://spaceweather.com/glossary/perihelion.htm
http://spaceweather.com/glossary/aphelion.html
http://science1.nasa.gov/science-news/science-at-nasa/2001/ast04jan_1/

Wallahu'alam...

2 comments:

belogkiter said...

nak pakai aircond lah malam ni

Finaz Jaafar said...

erkkkk..kesimpulannya minum air masak banyak2..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...