Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Saturday, July 9, 2011

30 Jalan Utama Di Kuala Lumpur Ditutup

30 Jalan Utama Di Kuala LUmpur Ditutup

Kuala Lumpur – Polis akan menutup hampir 30 jalan utama di ibu negara esok menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda UMNO.
Penutupan itu dilakukan selepas polis menerima laporan terdapat beberapa kumpulan merancang berkumpul di lokasi panas.
Berikutan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh ketika memaklumkannya meminta orang ramai menjauhi diri dari Kuala Lumpur,  jika tiada sebarang urusan.
Namun,  mereka yang menetap dan bekerja di kawasan berkenaan akan dibenarkan melaluinya.
30 kawasan yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ialah, Jalan Syed Putra,  Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.
Selain itu, Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara, sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru juga ditutup.
Turut terlibat dalam penutupan itu ialah Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran. – mynewshub.my
pstt** seme jalan penting der........hawau tol

1 comment:

Aisyah Aina said...

nasib baik tak duduk KL :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...