Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, July 15, 2011

Bersih 2.0: Menteri Kesihatan tubuh panel khas siasat kes Hospital Tung Shin

BACA DAN NILAI

Dilihat sebagai perkembangan dilihat mengejutkan banyak pihak, Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengadakan satu jawatankuasa inkuiri tahap tinggi bagi menyiasat insiden pihak polis menyasakan Hospital Tung Shin di sini ketika cuba meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu.

Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Kamarul Zaman Md Isa, kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) dalam satu kenyataan malam ini.

Sehubungan itu kata Liow, beliau percaya langkah ini akan memperjelaskan pelbagai kenyataan yang bercanggah, yang dibuat pelbagai sejak beberapa hari lalu.

“Pada 11 Julai lalu, lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan menteri bahawa tiada gas pemedih mata dan air berasid dilepaskan ke arah kawasan hospital,” kata Liow.

“Pelbagai saksi yang melihat mendakwa keadaan sebaliknya,” kata beliau.

Justeru kata Liow, beliau percaya jawatankuasa tersebut akan mengadakan satu proses siasatan mendalam dan secara telus, yang menurutnya sangat penting dan perlu memandangkan keselamatan pesakit dan hospital adalah penting.

“Orang ramai yang menyaksikan insiden itu boleh tampil membantu inkuiri. Mereka yang mahu identiti mereka tidak dikenali juga boleh berbuat demikian,” kata Liow lagi.

Dalam satu kenyataan awal pagi, Tony Pua, setiausaha publisiti DAP kebangsaan mahu kerajaan pusat sewajarnya memohon maaf secara terbuka kepada Hospital Tung Shin kerana melepaskan air berasid dan gas pemedih mata dalam menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu.

Pua mendakwa kerajaan cuba menutup kesalahan polis dan oleh itu, tidak berguna bagi kerajaan untuk terus menafikan apa yang telah berlaku.

“Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar), Menteri Kesihatan dan Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) harus dengan segera meminta maaf kepada Hospital Tung Shin kerana melanggar wilayahnya dan kepada semua rakyat Malaysia kerana cuba menutup kesalahan pasukan polis,” kata beliau.

Dalam satu kenyataan lewat malam tadi, sekumpulan 11 doktor menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Bersalin Cina di Jalan Pudu ketika perhimpunan Bersih 2.0.

Seramai 11 doktor yang berkata berada di lokasi ketika kejadian menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor.

“Kami, doktor-dotkor yang menurunkan tandatangan di bawah, tidak mahu menyertai polemik perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, tetapi mahu menjelaskan kebenaran tentang keadaan tidak selesa yang wujud (hari itu),” kata mereka.

Justeru, kenyataan itu bercanggah dengan respons Liow yang telah menafikan polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih ke atas kawasan hospital, sebaliknya tambah beliau ia disebabkan oleh pergerakan angin pada masa kejadian.

Kelmarin, Dr Chua, yang juga bekas menteri kesihatan pula berkata, pihak polis terpaksa bertindak demikian bagi melindungi pesakit-pesakit daripada peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang cuba berselindung di kawasan itu.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

“Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka dalam kenyataan itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...