Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Tuesday, March 5, 2013

Politikkan lah semua benda.... APTB


sejak pilihanraya makin hampir ni
nak tengok tv nyampah...
tapi tetap tengok
nak baca paper nyampah
memang jarang baca sebab malas beli
nak tengok tenet nyampah
tapi bukak jugak
nak baca fb nyampah...
tapi ari2 duk bukak
masing2 duk pertahankan parti politik yang dorang sokong
dan maki hamun + mencarut dekat penyokong parti yang lain...
makanya masing2 duk menggebang ideologi masing-masing dalam mempertahankan parti yang mereka sokong...
fitnah pun bertebaran merata-rata
ohhh kemon la people....
kemonnnnnnnnn la....
bila sesuatu terjadi kat Malaysia ni, 
terus benda tu akan jadi bahan politik...
bila terlalu banyak sangat input
ko akan jadi muak...
tak caye bukak aje la fb...
orang ni cakap macam ni
orang tu cakap macam ni
orang tu cakap yang ni bodoh
orang ni pulak cakap orang tu bodoh...
hahhaa..penyudahnye korang pk la sendiri sape yang bodoh...
aku bukan cerdik pandai sangat politik kat malaysia ni
aku memang zero pasal politik..
setiap orang ada hak nak suarakan pendapat masing2...
aku tau menjadi tanggungjawab kita untuk pilih kerajaan yang baik untuk negara kita...
tapi  aku agak menyampah dengan sesetengah orang yang terlalu fanatik sangat sampai nak bergaduh2 ni...



psst*** sebab nyampah nak tengok benda2 ni lah aku terlepas berita tentang kes di sabah... semoga mereka yang bertugas di sana selamat Ya Allah...

3 comments:

ArMie said...

tv - anak2 nengok kartun
suratkhabar - baca gossip retis
tenet - kena bukak sbb nak ziarah kengkawan di alam maya
fb - terpaksa bukak

hahaha.... susah tol klau org berfikiran politik ni, kan? mmg nyampah....

misz sheyla said...

Armie- kan.... huhu bukan tak boleh berpolitik...ade je yang behave..tapi sesetengah yg terlampau fanatik ni susah tol...

HyRoSSa NeNy said...

betol... berpolitik bertempat la... bukan ke "undi itu rahsia" ko dok kutuk terang2 tu terus tak rahsie dh undi ko.... ahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...