Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, September 30, 2011

Nabil & Zira Sah Bergelar Suami Isteri.


Hanya 2 kali lafaz, Ahmad Nabil Bin Ahmad, 28 atau lebih dikenali sebagai Nabil telah bergelar suami kepada Nazirah Binti Ayub, 23 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang tadi.
Nabil segak bergaya mengenakan persalinan Wazira Zainal telah dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.
Nabil menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding. Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzam, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran. Kesemua hantaran telah direka oleh Persada Embun.
Pasangan suami isteri ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi bertemakan Wonderland pada 2 Oktober nanti di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam. Tahniah diucapkan kepada Nabil & Zira!

sumber : ohbulan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers