LOS ANGELES 15 Sept. - Bintang Hollywood, Scarlett Johansson(gambar)*terpaksa mendapatkan khidmat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat kes gambar separuh bogelnya yang disiarkan menerusi Internet, semalam.Gambar itu diambil sendiri oleh pelakon tersebut menggunakan telefon pintarnya dan dipercayai disiarkan menerusi Internet oleh pihak yang menggodam sistem telefonnya.Selain itu, FBI turut menerima laporan lain berhubung kes yang sama melibatkan penyanyi Justin Timberlake dan pelakon Mila Kunis."FBI kini sedang menyiasat individu atau kumpulan yang disyaki terlibat dalam penggodaman komputer melibatkan golongan berprofil tinggi," kata pegawai FBI di Los Angeles, Laura Eimiller.Antara gambar-gambar Johansson yang disiarkan dalam laman web tersebut menunjukkan bintang itu berada dalam keadaan separuh bogel di rumahnya, di dalam tandas dan juga di atas katil.Begitu juga dengan gambar Timberlake yang tidak berpakaian di atas katil manakala Kunis berada di dalam kolam mandi.Jurucakap FBI bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagaimana gambar-gambar tersebut disiarkan di dalam Internet.*- AFP
2 comments:
TEKNOLOGI..macam2.. =='
menyeramkn teknologi zmn skrg nie.
Post a Comment