haa jangan salah sangka pula. sebab melalui kenyataan media , berita tentang isu tersebut adalah palsu! bukan pasu erk tapi palsu. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan..
"JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak".
Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.
Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013. JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di http://www.halal.gov.my/untuk pengesahan. haa jadi janganlah memandai buat andaian weyh. tak baik tutup rezeki orang.camner kalau jadi kat kite? pikir - pikir......
1 comment:
erm takut jugak kn..
Post a Comment